| TINGKAH LAKU | Tingkah laku ialah cara manusia atau organisma lain berkelakuan. Ramai orang menggunakan perkataan tingkah laku untuk maksud kelakuan [ conduct ] iaitu bagaimana perangai seseorang itu bersesuaian dengan tanggapan masyarakat tentang apa yang betul dan apa yang salah. Tetapi dalam psikologi dan sains berkenaan tingkah laku yang lain, tingkah laku dianggap sebagai apa-apa sahaja kegiatan seseorang atau benda hidup yang lain. Rencana ini membayangkan penggunaan yang lebih umum dan memberi tumpuan kepada tingkah laku manusia. | UMUM | |
| DOKTRIN MONROE | Doktrin Monroe, dilancarkan oleh Presiden James Monroe dalam satu ucapannya di Kongres Amerika Syarikat pada 2 Disember 1823. Doktrin ini menjamin semua negara yang merdeka di Hemisfera Barat daripada campur tangan negara Eropah sama ada “untuk tujuan menindas mereka atau mengawal kehidupan mereka dengan apa cara sekalipun.” | UMUM | |