| SYURGA | Syurga ialah tempat yang penuh nikmat di akhirat, yang disediakan oleh Allah S.W.T. bagi orang yang beriman dengan-Nya, dengan para malaikat, kitab-kitab suci, para rasul, hari akhirat dan yang sentiasa melakukan kebaikan. | UMUM | |
| TAFSIR AL-QUR'AN AL-KARIM. | Tafsir al-Qur’an al-Karim. Ilmu tafsir merupakan salah satu ilmu syariah yang asas, kerana ia berkaitan dengan al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah S.W.T. sebagai panduan dan rahmat kepada manusia. Ia membicarakan makna kalam Allah S.W.T. (al-Qur’an) dan menjelaskan tentang pengertian ayat-ayat-Nya. Allah S.W.T. memerintahkan manusia supaya menghayati ayat-ayatnya, memahami maknanya dan mengetahui hukum-hakamnya supaya mereka dapat merasakan kebesaran Allah S.W.T. dan kelebihan- Nya ke atas mereka, dan untuk mengerjakan apa yang disuruh-Nya serta menjauhkan apa yang dilarang-Nya. Firman Allah S.W.T. bermaksud: “(Inilah) kitab (al-Qur’an) yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad) – kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, ayat-ayatnya dan, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat dan mengambil iktibar”. ( Surah Sad 38:29) | UMUM | |
| SURAH AL-SAFF | Surah al-Saff ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-61 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 14 ayat. Surah ini diberi nama al-Saff (barisan) kerana ia memperkatakan tentang peperangan sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah S.W.T. menyukai orang-orang yang berperang di atas jalan-Nya dengan tersusun rapi seolah-olah mereka itu bangunan yang utuh”. (Surah al-Saff 61:4) | UMUM | |
| SURAH AL-QASAS | Surah al-Qasas ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-28 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 88 ayat. Surah ini dinamakan al-Qasas (kisah-kisah) kerana Allah S.W.T. menyebut di dalamnya kisah Nabi Musa a.s. secara terperinci dan jelas dari mula kelahirannya sehinggalah waktu pelantikannya sebagai rasul. Di dalam surah ini juga terdapat peristiwa-peristiwa pelik dan ajaib yang menggambarkan dengan jelas pemeliharaan dan pembelaan Allah S.W.T. terhadap wali-wali-Nya (kekasih-Nya) dan mengecewakan musuh-musuh- Nya. | UMUM | |
| ANSAR | Ansar ialah nama yang diberikan kepada suku Aws dan Khazraj dan orang yang menyokong mereka di kalangan penduduk Madinah yang beriman dengan Allah S.W.T. dan membantu Rasul- Nya. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (masuk Islam) di antara orang- orang Muhajirin dan Ansar …” ( Surah al-Tawbah 9: 100) | UMUM | |
| MANUSIA | Manusia ialah sebaik-baik dan semulia-mulia makhluk Allah di muka bumi antara semua kejadian-Nya. Allah mencipta manusia dan menjadikan kejadiannya sama dan seimbang. Manusia didatangkan dalam bentuk yang elok dan seragam serta dikurniakan dengan akal dan pertuturan yang dapat membezakannya daripada makhluk yang lain. | UMUM | |
| MUWAHHIDUN, KERAJAAN | Muwahhidun, Kerajaan (515 H.– 674 H./1121 M. –1275 M.), dinamakan sempena nama jemaah Islam yang telah dibentuk oleh Muhammad ibn Tomart al-Mahdiy di Maghribi Jauh. Perkataan Muwahhidun merujuk kepada kata-kata mereka bahawa Allah Taala itu Esa, tidak boleh digambarkan dengan pancaindera, Allah mengatasi segala-galanya dan setiap gambaran untuk Allah dianggap sebagai kiasan semata-mata. Orang yang menyokong konsep menyerupakan dan menjasadkan Allah menganggap orang Muwahhidun menyalahi hakikat sebenar, bahkan mereka menganggap pendapat al-Muwahhidun sebagai kafir. Justeru golongan ini berkeyakinan bahawa merekalah sahaja yang benar-benar beriman iaitu orang-orang yang mengesakan Allah dan mensucikan-Nya dari setiap penyerupaan-Nya dengan makhluk. | UMUM | |
| AL-QUR’AN AL-KARIM | Al-Qur’an al-Karim ialah kalamullah yang diturunkan kepada Rasul-Nya Nabi Muhammad SAW dalam bahasa Arab melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s. Ia tertulis pada mashaf, diriwayatkan kepada kita secara mutawatir dan membacanya ialah satu ibadah. Ia dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah an-Nas. Ia juga satu mukjizat Islam yang kekal. | UMUM | |
| SURAH AL-QALAM | Surah al-Qalam ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-68 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 52 ayat. Surah ini dinamakan dengan al-Qalam kerana pada awal surah ini Allah S.W.T. bersumpah dengan al- Qalam dalam firman-Nya yang bermaksud: “Nun. Demi al-Qur’an dan sesuatu yang mereka tulis”. (Surah al-Qalam 68:1) | UMUM | |
| SURAH AL-NUR | Surah al-Nur ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-24 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 64 ayat. Ia dinamakan surah al-Nur (cahaya) kerana terdapat dalamnya pancaran-pancaran sinar ketuhanan (al- Nur Rabbani), iaitu dengan mensyariatkan hukum-hakam dan adab-adab serta kelebihan-kelebihan kemanusiaan yang merupakan sumber daripada cahaya Allah S.W.T. terhadap hamba-Nya dan daripada limpahan-limpahan rahmat dan kemurahan-Nya. | UMUM | |