Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.nyu.tan] | دڽوتن

Definisi : gerakan kembang kempis atau turun naik (bkn nadi, ubun-ubun, jantung, dll), gerakan mengembut-embut, gerakan kemut-kemut: senaman boleh menderaskan ~ jantung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.nyu.tan] | دڽوتن

Definisi : gerakan turun naik (pd nadi, ubun-ubun, pembuluh darah dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata denyutan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MESIN TELETAIP

Mesin teletaip ialah mesin taip elektro mekanikal

yang menghantar denyutan elektrik melalui dawai

kepada alat penerima yang kemudiannya akan

mencetak mesej tersebut. Semasa jurutaip menekan

setiap mata taip pada alat penghantar, ia

mengaktifkan denyutan elektrik yang bertindak balik

menekan huruf yang sama pada penerima. Mesin

teletaip biasanya disambung secara bersiri dan

banyak alat penerima di berbagai-bagai tempat

seluruh dunia boleh dikendalikan dari satu alat

pemancar sahaja pada satu masa.

UMUM 
TACHYCARDIA

Tachycardia ialah denyutan jantung yang terlalu

cepat, dan juga dikenali sebagai debaran. Ia adalah

sejenis penyakit organik. Terdapat beberapa jenis

tachycardia, bergantung kepada ruang jantung di

debaran itu bermula dan kekerapan debaran

berlaku. Contohnya, paroksismal atrium takikardia

( PAT ) adalah denyutan jantung yang sangat laju

yang bermula di ruang atas jantung ( atrium ) dan

berlaku sekali-sekala.

UMUM 
DERUAN JANTUNG

Deruan jantung ialah bunyi yang tidak normal

pada denyutan jantung seseorang. Deruan organik

ialah gejala penyakit jantung. Ia terjadi apabila

darah mengalir melalui injap jantung yang cacat

atau merentasi kecacatan di antara kebuk jantung.

UMUM 
NADI

Nadi disebabkan oleh regangan arteri yang berlaku

selepas setiap denyutan jantung. Ia boleh dirasa

dengan meletakkan jari tangan pada pergelangan

tangan atas dari ibu jari, pada arteri radial. Nadi juga

boleh dirasa dengan menyentuh pelipis tempat

terletak arteri temporal, dan di lain-lain tempat pada

badan tempat arteri berhampiran dengan

permukaan kulit.

UMUM 
TAHUN CAHAYA

Tahun cahaya ialah satu unit yang digunakan

oleh ahli astronomi untuk menerangkan jarak di

antara bintang. Ia adalah jarak perjalanan dalam

satu tahun oleh satu denyutan cahaya. Cahaya

bergerak pada kelajuan 299 792 kilometer satu

saat. Oleh itu, satu tahun cahaya adalah bersamaan

9.46 juta kilometer. Sebuah kapal terbang jet yang

terbang pada kelajuan 800 kilometer satu jam

perlu terbang selama 1.34 juta tahun supaya

terbang dalam satu tahun cahaya. Jarak astronomi

adalah tersangat luas hinggakan bintang yang

paling hampir dengan bumi – selain dari matahari

– ialah 4.3 tahun cahaya jauhnya. Lihat juga Bintang

(Bintang di dalam alam semesta).

UMUM 
RESUSITASI KARDIOPULMONARI

Resusitasi kardiopulmonari (CPR-Cardiopulmonary

Resuscitation) ialah prosedur

pertolongan cemas yang digunakan untuk

memulihkan pernafasan dan pengaliran darah

seseorang. CPR biasanya diberi kepada mangsa

serangan jantung yang teruk atau mangsa

kemalangan yang serius. Untuk membolehkan

mangsa terus hidup, penyelamat mesti

memulakan CPR dalam masa empat minit selepas

pernafasan dan denyutan jantung mangsa

terhenti. Hanya mereka yang betul-betul terlatih

melaksanakan CPR patut melakukan prosedur ini.

UMUM 
ADRENALIN

Adrenalin ialah hormon yang dirembes oleh

kelenjar adrenal. Ia juga dikenali sebagai epinefrina.

Adrenalin membantu badan menyesuaikan diri

dengan tekanan yang tiba-tiba. Apabila seseorang

menjadi marah atau takut, kelenjar adrenal

melepaskan adrenalin ke dalam darah. Hormon ini

menyebabkan perubahan dalam badan untuk

menjadikannya lebih cekap untuk “berlawan atau lari”.

Contohnya, adrenalin meningkatkan kekuatan dan

kadar denyutan jantung dan menaikkan tekanan

darah. Ia juga mencepatkan penukaran glikogen

kepada glukos yang memberikan tenaga kepada otot.

UMUM 
LIGNOKAINA

Lignokaina ialah sejenis ubat untuk menahan

rasa sakit di bahagian tubuh yang tertentu.

Ubat seperti ini dinamakan anestetik setempat.

Lignokaina digunakan di dalam pembedahan

dan prosedur pergigian sebagai penyekat saraf

bahagian. Ini bermakna, ia disuntik di sekeliling

saraf yang mengawal deria rasa di bahagian tubuh

yang tertentu. Lignokaina juga digunakan dalam

salap dan semburan yang berpreskripsi ataupun

yang tidak berpreskripsi sebagai bahan anestetik

untuk kecederaan kulit yang kecil. Lignokaina

digunakan juga untuk merawat denyutan jantung

yang tidak normal.

UMUM 
TIDUR

Tidur ialah keadaan rehat dan tidak sedar terhadap

apa-apa yang berlaku di sekeliling dalam tempoh

tertentu. Tidur tidak sama dengan koma kerana

orang yang tidur mudah terjaga. Manusia atau

haiwan yang sedang tidur boleh terjaga dengan

cepat, misalnya, akibat bunyi bising atau cahaya

lampu yang terang. Semua manusia dan beberapa

jenis haiwan mesti mempunyai jumlah tidur yang

cukup dalam sehari pada sela masa yang tetap.

Apa yang berlaku semasa tidur. Apabila

seseorang itu tidur, semua aktiviti menurun dan

otot berehat. Denyutan jantung dan kadar

pernafasan menjadi perlahan. Orang itu, perlahan-lahan

menjadi tidak sedar terhadap apa yang

berlaku di sekelilingnya.

UMUM 

Kembali ke atas