Saint Lucia ialah negara pulau yang merdeka di sebelah timur Laut Caribbean. Ia terletak di antara Martinique dengan Saint Vincent, lebih kurang 386 kilometer ke utara Venezuela. Saint Lucia ialah salah sebuah pulau di Kepulauan Windward, iaitu serangkaian pulau dalam gugusan pulau yang lebih besar dalam Antilles Kecil di Hindia Barat. Ibu negaranya, Castries, terletak di pinggir laut barat laut (lihat Castries ; Kepulauan Windward ). Pulau ini ialah tempat lahir dua orang penerima Hadiah Nobel dari Hindia Barat. Sir Arthur Lewis menerima Hadiah Nobel bagi bidang ekonomi pada tahun 1979 dan Derek Walcott menerima Hadiah Nobel bagi bidang kesusasteraan pada tahun 1992. |