Silium ialah struktur halus bak rambut yang mengunjur daripada jenis sel tertentu. Silium adalah kurus dan sentiasa bergerak. Ia terlalu halus hinggakan ia hanya boleh dilihat menerusi mikroskop. Pada haiwan peringkat tinggi, silium terdapat pada sel membran hidung, telinga, dan tiub yang menuju ke paru-paru. Pergerakan silium yang berombak dalam organ ini menolak keluar habuk, bakteria, dan mukus, dan menjaga saluran supaya bersih. Pada banyak haiwan yang hidup dalam air, sel yang mengandungi silium mengipas air yang mengandungi makanan dan oksigen ke dalam haiwan tersebut. Banyak organisma bersel satu mempunyai silium yang berfungsi sebagai organ deria dan sebagai cara bergerak. Lihat juga Protozoa (Siliat). |