Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata design


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NEUTRA, RICHARD JOSEPH

Neutra, Richard Joseph (1892–1970) ialah

arkitek Austria yang bekerja di California,

Amerika Syarikat. Reka bentuknya yang terbaik

mencerminkan matlamatnya untuk membina

bangunan yang memenuhi keperluan biologi dan

psikologi, di samping pertimbangan seni dan

teknikal. Dalam bukunya Survival Through

Design (1954), Neutra menyatakan bahawa

manusia dapat hidup hanya dengan mengawal

alam sekitar menerusi reka bentuk, seni bina,

dan perancangan bandar.

UMUM 
PEVSNER, SIR NIKOLAUS

Pevsner, Sir Nikolaus (1902–1983) ialah

pengarang dan sarjana keturunan Jerman. Dia

menjadi terkenal dengan siri bukunya, The

Buildings of England yang diterbitkan antara

tahun 1951 hingga tahun 1974. Terbitannya yang

lain termasuk The Sources of Modern

Architecture and Design (1968).

UMUM 
AHMAD KHALID YUSOF

AHMAD KHALID YUSOF (1934-1996), pelukis. Dia lahir di Kuala Lumpur. Dia mendapat pendidikan awal di Victoria Institution (1951-1955) dan kemudian melanjutkan pelajarannya di Malayan Teachers Training College, Kirkby, England (1956-1958). Dari tahun 1965 hingga tahun 1969, Ahmad Khlid menuntut di Winchester School of Art di England dan memperoleh Diploma in Art and Design. Dia menerima ijazah Sarjana Seni Cetak dan Pendidikan seni daripada Ohio University, Amerika Syarikat (1978).

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas