KALA DEWATA | KALA DEWATA (1925- ), penulis skrip drama. Dia lahir pada 1 Julai 1925 di Kajang. Nama sebenarnya ialah Mustapha Kamil bin Yassin. Dia juga pernah menggunakan nama samaran MKY dan M.K. Yassin. | SASTERA | Tokoh |
DI BALIK TABIR HARAPAN | DI BALIK TABIR HARAPAN, drama moden karya Kala Dewata yang diterbitkan pertama kalinya oleh Penerbitan Federal Berhad, Kuala Lumpur pada tahun 1966. Pada tahun 1990, drama ini diterbitkan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur dalam koleksi kumpulan pengarang berjudul Drama-drama Kala Dewata yang mengandungi 13 buah drama. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
ANUGERAH | ANUGERAH, pemberian yang berupa hadiah yang terbesar dan tinggi nilainya. Perkataan anugerah berasal daripada perkataan Sanskrit ‘nugeraha’ atau ‘ anugeraha’. Pemberian tersebut mungkin datang daripada Allah atau zaman pra-Islam disebut datang daripada Sang Hyang Dewata Mulia Raya. Pemberian tersebut sama ada dalam bentuk rezeki, umur yang panjang, kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan, zuriat keturunan yang baik-baik, darjah dan martabat yang mulia di sisi masyarakat, atau kuasa dan wibawa. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
MUSTAFA KAMAL YASSIN | Mustapha Kamil Yassin (1925- ), penulis skrip drama. Beliau lebih dikenali dengan nama penanya, Kala Dewata. | SASTERA | Tokoh |