SALIM III | Salim III (1175–1223 H./1761–1808 M.), putera Sultan Mustapha III ibn Sultan Ahmad III. Baginda merupakan sultan ke-28 dalam salasilah Kesultanan Kerajaan Uthmaniyyah. Salim III menduduki takhta menggantikan bapa saudaranya Sultan Abdul Hamid I pada tahun 1203 H./1789 M. Sewaktu mengambil alih tampuk pemerintahan, keadaan negara agak huru-hara sehingga Rusia dan Austria menguasai kerajaan Uthmaniyyah sebanyak dua kali, iaitu sekitar tahun 1203 H./1789 M. Rusia juga menguasai bandar al-Hasinah yang terletak di tepi laut dan sebahagian besar negeri Aflaq, Baghdan (Molavia) dan Busarabia pada tahun 1205 H./1791 M. Persengketaan itu berakhir dengan perdamaian antara kedua-dua negara tersebut pada tahun 1206 H./1796 M. Akhirnya Rusia berkuasa di negeri al-Qaram dan sebahagian negeri Quban, Busarabia dan beberapa negeri lain. Bandar Otshakov juga diserahkan melalui Perjanjian Yash. | UMUM | |
MUHAMMAD III | Muhammad III (975 H.–1012 H. /1567 M.–1603 M.), sultan ke-13 kerajaan Uthmaniyyah. Baginda dilahirkan di Islambul (Istanbul) dan menaiki takhta pemerintahan selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Murad III ibn Sultan Salim II pada tahun 1004 H./ 1595 M. Bondanya Safiyyah memainkan peranan paling besar dalam pemerintahannya. | UMUM | |
DARIUS III | Darius III (330–380 S.M.) ialah raja Parsi yang terakhir. Dinasti ini berjaya meluaskan empayar-empayar besar dunia, iaitu di barat Asia pada abad ke-6 SM. | UMUM | |
NAPOLEON III | Napoleon III (1808–1873), memerintah sebagai Maharaja empayar Perancis dari tahun 1852 hingga tahun 1870, dan dikaitkan dengan perubahan utama politik di Eropah. | UMUM | |
DOOLEY, THOMAS ANTHONY, III | Dooley, Thomas Anthony, III (1927–1961), doktor Amerika yang menjadi masyhur pada tahun 1950-an sebagai doktor hutan di Laos. | UMUM | |
MAKARIOS III | Makarios III (1913–1977) ialah paderi Ortodoks Yunani yang menjadi presiden pertama Cyprus pada tahun 1959. Pada bulan Julai 1974, dia digulingkan oleh tentera Cyprus di bawah pimpinan pegawai-pegawai Yunani. Dengan itu, dia terpaksa meninggalkan negara tersebut. Dia kembali ke Cyprus pada bulan Disember 1974 dan sekali lagi menjadi presiden sehingga dia meninggal dunia pada tahun 1977. Semasa Makarios tidak menjadi presiden, tentera Turki telah menawan sebahagian besar bahagian timur laut Cyprus. | UMUM | |
ALEXANDER III | Alexander III (1105–1181), dipilih menjadi paus pada tahun 1159. Maharaja Rom Holy, Frederick I, menyokong seorang antipaus yang bernama Victor IV yang dipilih oleh sekumpulan minoriti kardinal. Perselisihan antara maharaja dengan golongan paus menyebabkan perpecahan antara golongan paus yang membawa kepada terpilihnya tempat golongan antipaus di sepanjang pemerintahan Alexander. | UMUM | |
PERTEMPURAN BOYNE | Pertempuran Boyne ialah pertempuran muktamad dalam pergelutan di antara bekas Raja James II England dengan penggantinya, William III, untuk menguasai Ireland. Pertempuran itu berlaku di tebing Sungai Boyne, di barat laut Dublin. | UMUM | |
STRASBOURG | Strasbourg (pend. 255 937, pend. kaw. met. 388 483) ialah sebuah pusat perdagangan di Perancis. Ia terletak di tebing Sungai III dan terusan Strasbourg yang bersambung dengan Sungai Rhine menjadikan Strasboug sebuah pelabuhan penting. Ia terletak 400 kilometer ke timur Paris (lihat Perancis [peta politik]). Kilang di Strasbourg mengeluarkan bahan kimia, barangan kulit, logam, kertas, plastik, dan tekstil. | UMUM | |
SETI I | Seti I (memerintah pada tahun 1303–1290 S.M.) ialah raja Mesir purba. Pada peringkat awal pemerintahannya, baginda telah mengadakan sekurang-kurangnya dua kempen di Syria sebagai usaha untuk merisik perkembangan kaum Hitit dan menubuhkan semula empayar Thutmose III di Palestin dan Syria. Seti membina Kuil Abydos. Baginda juga menghiasi tembok Great Hypostyle Hall (dewan yang bertiang) di Karnak, yang dimulakan oleh ayahanda Ramses I dan disempurnakan oleh puteranya Ramses II. Makamnya yang merupakan binaan paling indah di Lembah Raja, telah ditemui pada tahun 1817 manakala mumianya bersama-sama dengan mumia Ramses II ditemui pada tahun 1881, dalam satu makam lain berhampiran Dayr al-Bahri. | UMUM | |