KEGRAVITIAN | Kegravitian ialah daya tarikan yang bertindak di antara semua objek kerana jisimnya – iaitu, amaun jirim bahan yang membentuknya. | UMUM | |
MANUSIA | Manusia ialah sebaik-baik dan semulia-mulia makhluk Allah di muka bumi antara semua kejadian-Nya. Allah mencipta manusia dan menjadikan kejadiannya sama dan seimbang. Manusia didatangkan dalam bentuk yang elok dan seragam serta dikurniakan dengan akal dan pertuturan yang dapat membezakannya daripada makhluk yang lain. | UMUM | |
ANSAR | Ansar ialah nama yang diberikan kepada suku Aws dan Khazraj dan orang yang menyokong mereka di kalangan penduduk Madinah yang beriman dengan Allah S.W.T. dan membantu Rasul- Nya. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (masuk Islam) di antara orang- orang Muhajirin dan Ansar …” ( Surah al-Tawbah 9: 100) | UMUM | |
SA‘D IBN MU‘AZ | Sa‘d ibn Mu‘az ( ? –5 H / ? –626 M), antara sahabat Ansar yang mula-mula memeluk Islam di Madinah. Nama penuhnya Sa‘d ibn Mu’az al-Nu‘man. Dia telah diislamkan oleh Mus‘ab ibn ‘Umayr r.a. Keimanan terdetik dalam hati Sa‘d ibn Mu‘az untuk beriman setelah dia mendengar ayat suci al-Qur’an. Lantas dia menemui kaumnya dan berkata kepada mereka: “Percakapan lelaki dan perempuan kamu denganku adalah haram sehingga mereka beriman dengan Allah dan rasul-Nya”. Sesiapa yang mendengar dakwahnya akan memeluk Islam walaupun dalam masa yang singkat, iaitu dalam sumpah satu malam. | UMUM | |
SURAH AL-BALAD | Surah al-Balad ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-90 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 20 ayat. Surah ini dinamakan al-Balad (negeri) kerana ia disebut di permulaan surah ini. Surah ini menekankan pemantapan akidah dan iman dengan penumpuan kepada kepercayaan kepada hisab Allah S.W.T. dan balasan-Nya serta perbezaan antara orang yang melakukan kebaikan dengan orang yang melakukan kejahatan. | UMUM | |