Perang Yarmuk berlaku pada tahun 15 H./636 M. antara tentera Islam di bawah pimpinan Khalid ibn al-Walid dengan tentera Rom di bawah pimpinan Thiordas, pada zaman pemerintahan Khalifah ‘Umar ibn al-Khattab. Pada awal pertempuran ini, tentera Islam telah berjaya mengalahkan tentera Rom di bandar Fahl. Mereka juga telah meneruskan penguasaannya sehingga ke sempadan Damsyik. Di sana, tentera Islam mengepung kota ini selama hampir setahun tujuh bulan. Kemudian pihak musuh telah menyerah diri. Hal ini berlaku pada tahun 14 H./635 M. Kesan daripada penawanan Damsyik daripada tangan tentera Byzantine Rom itu telah menyebabkan raja mereka, Hercules menggerakkan bala tentera yang dianggarkan seramai 200 000 anggota yang dipimpin oleh saudaranya, Thiordous menentang tentera Muslimin yang berjumlah 25 000 orang yang dipimpin oleh Khalid ibn al-Walid. Peperangan antara kedua-dua pihak tidak dapat dielakkan. Pihak tentera Islam telah memperoleh kemenangan. |