SHANGRI-LA | Amalan pindah ternak di kalangan sebahagian orang Sherpa, Gunung Himalaya. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Konsep |
SASTERA ARAB MESIR | Sastera yang wujud dan berkembang di kalangan penduduk Mesir. | SASTERA | Konsep |
PERANG DUNIA PERTAMA | Perang yang berpunca daripada kebangkitan Nasionalisme dan pertelingkahan di kalangan kuasa-kuasa besar Eropah untuk melindungi bangsa masing-masing. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
NABI ISA A.S. | Nabi Isa a.s. ialah nabi terakhir di kalangan Bani Israel dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi dan rasul terakhir kepada seluruh umat manusia. Namanya disebut dalam al-Qur’an dengan lafaz al- Masih, dan kadangkala dengan lafaz Isa ibn Maryam. | UMUM | |
NAIPAUL, SHIVA | Naipaul, Shiva (1945–1985) ialah penulis novel kelahiran Hindia Barat. Dia menulis tentang kehilangan kebudayaan Hindu di kalangan penduduk Trinidad keturunan India. Dia telah mengkritik hebat penjajah Trinidad pada masa lalu. | UMUM | |
PERTUBUHAN MARITIM ANTARABANGSA | Pertubuhan Maritim Antarabangsa (International Maritime Organization (IMO)) ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menggalakkan kerjasama di kalangan kerajaan dalam perkara yang melibatkan perkapalan antarabangsa. Pertubuhan ini, biasanya dikenali sebagai IMO (International Maritime Organization) yang berusaha untuk membentuk peraturan perkapalan antarabangsa bagi meningkatkan taraf keselamatan dan menghalang pencemaran yang berpunca daripada kapal. Ia juga menguruskan pertukaran maklumat tentang perkapalan lautan. | UMUM | |
OGOS | Ogos ialah bulan kelapan dalam sesuatu tahun menurut kalendar Gregory, kini digunakan hampir di seluruh dunia. Di kalangan orang Rom, bulan ini dikenali sebagai Sextilis , yang bermakna keenam . Mereka kemudian menamainya semula sebagai penghormatan kepada maharaja Augustus. Sewaktu pemerintahan Augustus, Senat Rom memanjangkan bulan ini menjadi 31 hari dengan mengambil satu hari dari bulan Februari. | UMUM | |
SILANG, DIEGO | Silang, Diego (1730?–1763) ialah patriot Filipina yang menjadi wira di kalangan penduduk provinsi Ilocos di utara Pulau Luzon, Filipina apabila mengetuai pemberontakan pemerintahan Sepanyol pada tahun 1762. Pada tahun yang sama, British menawan Manila daripada Sepanyol. Silang bersekutu dengan British dan mula mengumpul penduduk Ilocos untuk mengisytiharkan kebebasan provinsi Ilocos dari Sepanyol. Komander British melantik Silang sebagai Gabenor Ilocos dan berjanji untuk menghantar senjata kepadanya. Tetapi bantuan British tidak pernah sampai. Silang mempertahankan wilayah itu daripada pihak Sepanyol selama tiga bulan. Pada bulan Mei 1763, dia dibunuh oleh pembunuh upahan Sepanyol. Balu Silang, Gabriela meneruskan pemberontakan. Tenteranya dikalahkan dalam pertempuran yang berlaku berhampiran pekan Vigan. Dia dan 100 orang pengikutnya dihukum gantung. | UMUM | |
MOORE, MARIANNE | Moore, Marianne (1887–1972), setaraf dengan Emily Dickinson di kalangan penyair wanita terbaik Amerika. Walaupun sesetengah puisinya sukar untuk difahami, Moore menggarap puisinya dengan baik sekali. Dia sering menggunakan bentuk puisi di mana bilangan dan susunan suku kata adalah elemen kawalan dan bukan mengikut pola irama atau rima bercorak konvensional. | UMUM | |
SAYAP KELIMA | Sayap kelima merujuk kepada ejen pengintipan yang beroperasi di kalangan pihak musuh untuk melemahkan perjuangannya. Ejen ini membuka jalan bagi serangan tentera atau politik. Ejen ini bekerja dalam tentera, parti politik, atau industri. Antara aktivitinya termasuk pengintipan, sabotaj, subversif ekonomi, propaganda, penghasutan, penyeludupan, pembunuhan, keganasan dan pemberontakan. Istilah sayap kelima pertama kali digunakan semasa Perang Saudara Sepanyol (1936–1939) untuk memerikan usaha pengikut Francisco Franco, di Loyalist Madrid. Emilio Mola, jeneral Franco, berkata, “Saya mempunyai sayap keempat yang bergerak melawan Madrid, dan sayap kelima akan bangkit dalam kota itu sendiri”. | UMUM | |