| LAMBAKAN | Lambakan, suatu bentuk diskriminasi harga apabila sesuatu barang dijual dengan harga yang rendah di pasaran luar berbanding dengan harga di pasaran tempatan. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |
| CIF | CIF, nilai jualan barang di pasaran. Singkatannya berasal daripada perkataan Cost (kos), Insurance (Insurans) dan Freight (Tambang). | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |
| PERKEBUNAN PASARAN | Perkebunan pasaran ialah penanaman sayur- sayuran atau buah-buahan, atau kedua-duanya, untuk dipasarkan. Kebun pasaran biasanya terdiri daripada petak tanah yang besar, dengan kawasan yang diuntukkan untuk sayur-sayuran yang berbeza. Kebun pasaran membekalkan hasil yang segar kepada orang ramai yang tinggal di bandar besar di seluruh dunia. Pembaikan dalam pengangkutan dan penggunaan penyejukan bagi mengekalkan kesegaran sayur-sayuran dan buah-buahan, telah mengurangkan pergantungan penduduk bandar pada hasil tanaman tempatan. Banyak kebun pasaran moden merupakan perniagaan besar, yang membekalkan banyak kuantiti tanaman seperti salad atau tomato. | UMUM | |
| ARBITRAJ | Arbitraj ialah pembelian satu aset pada harga kurang nilai di satu pasaran dan penjualan aset tersebut pada harga lebih nilai di satu pasaran yang lain. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |
| ATHLONE | Athlone (pend. 8768) ialah bandar yang terbesar di Westmeath, Republik Ireland. Bandar ini terletak 112 kilometer di barat Dub lin di tebing Sungai Shannon. Untuk lokasinya, lihat Ireland (peta). Terdapat tinggalan tembok yang dibina dari tahun 1500-an dan tinggalan biara Franciscan yang dibina dari tahun 1200-an di bandar ini. Athlone mempunyai industri benang bulu dan tekstil. Ia juga merupakan pusat pasaran bagi ladang di sekitarnya. Sebuah pemancar radio didirikan dekat Athlone pada tahun 1933. | UMUM | |
| OMAHA | Omaha (pend. 335 795; pend. kaw. met. 535 634) ialah bandar yang terbesar di Nebraska. Ia merupakan salah satu daripada pasaran lembu dan pusat memproses daging yang terkemuka di dunia. | UMUM | |
| LEXINGTON | Lexington, Kentucky (pend. 204 165; pend. kaw. met. 317 629) ialah salah satu daripada pusat perdagangan tembakau yang utama di Amerika Syarikat. Kawasan Lexington juga merupakan pasaran utama bagi kuda lumba. Lexington ialah bandar raya yang kedua terbesar di Kentucky. | UMUM | |
| MESIN | Mesin ialah alat yang melakukan kerja. Industri menggunakan penekan gerudi besar, pelarik dan penekan untuk membuat keluaran yang kita gunakan. Perniagaan bergantung pada mesin taip, komputer dan lain-lain mesin pejabat. Kereta, bas dan kapal terbang mengangkut manusia dengan pantas dalam jarak jauh. Trak, kereta api dan kapal adalah mesin yang digunakan untuk mengangkut barang ke pasaran dan dari pasaran. Tanpa mesin, penduduk di bandar raya mendapati lebih sukar untuk hidup, dan peladang tidak dapat menghasilkan cukup makanan untuk kita. Hampir setiap aktiviti dalam kehidupan harian kita bergantung pada mesin. | UMUM | |
| BENTAN | BENTAN, pulau yang terbesar di Kepulauan Riau, terletak di pintu masuk bahagian selatan ke Selat Melaka. Pulau Bentan dikelilingi oleh batu karang dan sepanjang pantainya mendatar tetapi lebih cerun di bahagian pedalaman hingga mencapai ketinggian 1340 m. Penduduk Bentan terdiri daripada Orang Laut dan mereka amat penting dalam bidang ekonomi di Sriwijaya, sebuah entrepot sekitar abad ke-7 M. Sebagai entrepot, Sriwijaya bertindak menghantar hasil-hasil laut ke pasaran Sriwijaya, mengawal jalan-jalan kapal daripada lanun dan menyediakan nakhoda dan pengemudi untuk kumpulan armada laut. Pada abad ke-13, kejatuhan kerajaan Sriwijaya menjadikan Bentan lebih bebas. Pada tahun 1323, Bentan menghantar dutanya ke China. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
| TANAH JAJAHAN | Tanah jajahan ialah petempatan yang ditubuhkan oleh sesuatu kumpulan penduduk di luar negara asal mereka, tetapi tetap diperintah oleh tanah air mereka. Tanah jajahan ditubuhkan dengan tujuan untuk mencari lebih banyak kawasan yang dapat dijadikan tempat tinggal agar dapat mengurangkan tekanan kepadatan di tanah air mereka, untuk meningkatkan perdagangan dengan mencari pasaran bagi barang-barang buatan, untuk mendapatkan sumber bahan mentah, untuk melindungi kepentingan ketenteraan, dan untuk meningkatkan prestij negara ibunda. Hampir separuh daripada negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah bekas tanah jajahan yang mendapat kemerdekaan sejak Perang Dunia II (1939–1945). | UMUM | |