DIAMETER | Diameter, dalam geometri ialah jarak satu garis lurus segmen yang merentas di tengah-tengah bulatan atau sfera, dan mencecah sempadan rajah pada titik bertentangan. Diameter juga nama untuk garisan segmen. | UMUM | |
ATRIUM | Atrium ialah bilik tengah dalam rumah orang Rom awal. Dalam atrium terletak perdiangan yang digunakan untuk memasak, tidur dan berhibur. Satu lubang di tengah-tengah bumbung membolehkan asap keluar. Apabila reka bentuk rumah orang Rom meningkat maju, dapur dan perdiangan dipindahkan ke ruang lain. Atrium kekal sebagai ruang tamu rasmi dan pusat kegiatan keluarga. Air hujan yang masuk melalui lubang di tengah-tengah bumbung ditadah dalam besen marmar yang dikenali sebagai impluvium. A trium orang Rom yang tipikal dan terkemudian dihiasi dengan mewah. Lihat Rom Purba (gambar: rumah orang Rom). | UMUM | |
KHATULISTIWA | Khatulistiwa ialah garisan bayangan di keliling dunia yang terletak di tengah-tengah di antara Kutub Utara dengan Kutub Selatan. | UMUM | |
MATAHARI | Matahari ialah sebuah bebola gas yang besar dan bersinar di tengah-tengah sistem suria. Bumi dan lapan lagi planet yang lain beredar mengelilingnya. | UMUM | |
ALAMO | Alamo merupakan struktur bersejarah yang terletak di tengah-tengah San Antonio, Texas, Amerika Syarikat. Suatu pertempuran yang terkenal berlaku di sini pada bulan Mac 1836, semasa Perang Kemerdekaan Texas. | UMUM | |
ZAIRE | Zaire ialah sebuah negara yang besar terletak di tengah-tengah benua Afrika. Satu kawasan yang sempit di Zaire bersempadan dengan Lautan Atlantik. | UMUM | |
LEMBAH BERNAM | Lembah Bernam, kawasan yang terletak di tengah-tengah di antara Lembah Kelang, Kuala Lumpur dan Selangor serta Lembah Kinta, Perak. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
ANDHRA PRADESH | Andhra Pradesh ialah negeri besar di tenggara India. Kedudukannya di tengah-tengah semenanjung India, dalam lingkungan kawasan tropika. | UMUM | |
SVALBARD | Svalbard ialah gugusan pulau di Lautan Artik yang terletak di tengah-tengah perjalanan di antara Norway dan Kutub Utara. Pulau-pulau ini kepunyaan Norway dan Svalbard ialah namanya dalam bahasa Norway. Kadangkala ia dikenali dengan nama Jermannya, iaitu Spitsbergen. Svalbard mempunyai lima pulau besar dan banyak pulau kecil. Pulau-pulau utama dari segi saiz, ialah Spitsbergen, North East Land, Pulau Edge, Pulau Barents, dan Prince Charles Foreland. Luas Svalbard ialah 62 050 kilometer persegi. Jaraknya dari Kutub Utara ialah 1100 kilometer. (Lihat Lautan Artik [peta]; Norway [peta]). | UMUM | |
PARAGUAY | Paraguay ialah negara di tengah-tengah daratan yang terletak tidak jauh dari bahagian tengah Amerika Selatan, yang dikelilingi oleh tiga buah negara, iaitu Argentina, Bolivia dan Brazil. Sungai Paraguay mengalir melalui Paraguay dari utara ke selatan dan membahagikan negara tersebut kepada dua wilayah bumi yang sangat berbeza. Di sebelah barat sungai ini ialah Chaco, sebuah kawasan rata yang tidak ramai penduduknya dan terdiri daripada rumput kasar, hutan semak samun, dan rawang masin. Paraguay Timur sebaliknya mempunyai bukit-bukau yang beralun, tanah yang subur dan hutan tebal. | UMUM | |