| DUARTE, JOSÉ NAPOLEON | Duarte, José Napoleon (1926–1990), mula menjawat jawatan Presiden EI Salvador yang dipilih pada 1 Jun 1984. Dia berkhidmat sebagai presiden kerajaan junta tentera dari tahun 1980 hingga tahun 1982. | UMUM | |
| ZHAO ZIYANG | Zhao Ziyang (1919–2005), juga dieja Chao Tzuyang, menjadi setiausaha agung Parti Komunis China semenjak bulan November 1987 hingga bulan Jun 1989. Dia memangku jawatan setiausaha agung semenjak bulan Januari 1987. | UMUM | |
| O'BRIEN, CONOR CRUISE | O’Brien, Conor Cruise (1917– ) ialah diplomat dan penulis Ireland, menjadi ahli Seanad Eireann pada tahun 1977 tetapi meletak jawatan pada bulan Jun 1979. Dia pernah menjadi ahli Buruh Dáil Éireann dari tahun 1969 hingga tahun 1977, dan berkhidmat sebagai Menteri Pos dan Telegraf dari tahun 1973 hingga tahun 1977. | UMUM | |
| PILLAY, NARIANA | Pillay, Nariana ( ? – ? ) ialah ahli perniagaan India yang pertama berjaya di Singapura. Dia lahir dalam keluarga Hindu di Pulau Pinang. Dia bertugas sebagai kerani dan tiba di Singapura pada bulan Jun 1819, bersama-sama Sir Stamford Raffles, pengasas Singapura moden. | UMUM | |
| AWANG HAD SALLEH, TAN SRI | Awang Had Salleh, Tan Sri (1934– ) ialah ahli akademik, pendidik dan penulis. Dia lahir pada 24 Jun 1934 di Balik Pulau, Pulau Pinang. Pada tahun 1951, dia memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjong Malim. Apabila tamat, dia menjadi guru di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar pada tahun 1954 hingga 1956. Pada tahun 1958 hingga 1959, dia menuntut di Maktab Bahasa, Johor Bharu. Pada tahun 1961 hingga 1964, dia melanjutkan pelajarannya ke Universiti Malaya dalam bidang sastera. Pada tahun 1969, dia menyambung pelajarannya ke Stanford University, California dan memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan dan sosiologi. | UMUM | |
| ALAMAT LANGKAPURI | ALAMAT LANGKAPURI, akhbar yang diterbitkan pada 13 Jun 1869 di Colombo, Ceylon oleh Baba Ounus Saldin, yang berasal dari Madura, Indonesia. Dia juga merupakan pengarang dan penerbit akhbar ini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
| AHMAD TOHARI | AHMAD TOHARI (1948- ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 13 Jun 1948 di Tingarjaya, Jatilawang, Banyumas (Jawa Tengah), Indonesia. | SASTERA | Konsep |
| ZURINAH HASSAN | ZURINAH HASSAN (1949- ), penyair. Dia lahir pada 13 Jun 1949 di Bakar Bata, Alor Setar, Kedah. Dia pernah menggunakan nama pena Haniruz. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tikam Batu, Sungai Petani. Kemudian, dia melanjutkan pelajaran di Sekolah Inggeris hingga lulus Malaysia Certificate of Education (MCE). Sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (1971-1974), dia mendapat pendidikan menengah atas di Sekolah menengah Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah hingga lulus Sijil Tinggi Persekolahan pada tahun 1970. Dia pernah bertugas di Jabatan Penerangan Malaysia. Pada bulan Jun 1996, dia bersara daripada jawatannya untuk menumpukan perhatian kepada bidang penulisan. | SASTERA | Tokoh |
| IBRAHIM OMAR | IBRAHIM OMAR (1936- ), penulis. Dia lahir pada 17 Jun 1936, di Kampung Jeram Landak, Mela, Kuala Lipis, Pahang. Nama sebenarnya ialah Ibrahim bin Imam Omar. Dia pernah menggunakan nama samaran Suria sewaktu menulis puisi dan Al-Mali dan Malawi apabila menulis rencana politik dan sains. | SASTERA | Tokoh |
| MOHAMED FUAD STEPHENS, TUN | Mohamed Fuad Stephens, Tun (1920–1976) merupakan Ketua Menteri Sabah yang pertama dari tahun 1963 hingga 1965. Dia lahir pada 14 September 1920 di Kudat, Sabah. Dia dan keluarganya memeluk agama Islam pada tahun 1971. Nama sebenarnya ialah Donald Stephens. Dia menerima pendidikan di Keningau, Jesselton (kini Kota Kinabalu) dan Sandakan. Dia meninggal dunia pada 6 Jun 1976 dalam nahas kapal terbang di Kota Kinabalu, Sabah. | UMUM | |