MONROE, MARILYN | Monroe, Marilyn (1926–1962) ialah pelakon filem wanita Amerika. Kecantikannya menjadikan dia simbol seks yang masyhur di seluruh dunia. Tetapi walaupun dia berjaya dalam dunia perfileman, Monroe mempunyai kehidupan yang tragik. Dia mati ketika berusia 36 tahun akibat memakan pil tidur secara berlebihan. | UMUM | |
THOMSON, TOM | Thomson, Tom (1877–1917) ialah pelukis landskap Kanada. Thomson sering dikaitkan dan dipengaruhi oleh J.E.H. MacDonald, A.Y. Jackson dan pelukis Kanada yang lain yang menggelarkan diri mereka “Kumpulan Tujuh” selepas tahun 1920. Thomson tinggal di Algonquin Park, Ontario, Kanada selama lapan bulan pada setiap tahun untuk berkhidmat sebagai renjer dan pelukis. Pada musim sejuk, Thomson tinggal di Toronto untuk menyiapkan beberapa lukisan besar yang dilukis berdasarkan lakaran. Lukisan-lukisan tersebut menggambarkan keindahan dan kecantikan tanah gersang Kanada yang mengagumkan. Lukisan tersebut bercirikan warna-warna terang dan pengolahan gaya bebas yang tidak ada tolok banding. Northern Lake, hasil karya Thomson yang pertama dipamerkan, telah dibeli oleh Galeri Seni Kebangsaan di Ottawa. Thomson lahir berhampiran Owen Sound, Ontario. Dia mati lemas di Algonquin Park, Kanada pada tahun 1917. Lihat juga Kanada (Seni [gambar]) | UMUM | |
ALBAN, SAINT | Alban, Saint ( ? –209), diingati sebagai orang pertama di Britain yang mati suci kerana agama. Dia ialah warga kota kerajaan Rom yang bernama Verulamium, kini St. Albans, di Hertfordshire, England. Alban melindungi seorang paderi yang melarikan diri daripada hukuman mati yang dikenakan oleh orang Rom. Paderi itu mengkristiankan Alban. Askar yang mencari paderi itu menemui Alban yang memakai pakaian paderi. Mereka telah menangkapnya dan dia dihukum mati. | UMUM | |
OSWALD, LEE HARVEY | Oswald, Lee Harvey (1939–1963), dituduh membunuh John F. Kennedy, presiden Amerika Syarikat, pada 22 November 1963, di Dallas, Texas. Dua hari kemudian, ketika berjuta-juta orang menonton peristiwa itu di televisyen, Oswald dibunuh. Dia ditembak mati oleh pemilik kelab malam Dallas, Jack Ruby, semasa sedang dipindahkan dari penjara bandar ke penjara wilayah di Dallas. Ruby merempuh pegawai-pegawai polis yang mengelilingi Oswald untuk menembaknya. | UMUM | |
SUTTEE | Suttee merupakan adat Hindu yang lazim diamalkan di India. Perkataan suttee berasal daripada perkataan Sanskrit sati, yang bermakna isteri setia. Mengikut amalan ini, apabila seorang suami meninggal dunia, balunya merelakan dirinya atau dipaksa untuk mati. Biasanya dia dibakar bersama mayat suaminya atau bersama barang-barang pakaian suaminya. | UMUM | |
TIMOTHY | Timothy ialah salah seorang daripada sahabat Saint Paul . Dia berkemungkinan lahir di Lystra, di Asia Kecil. Bapanya berbangsa Yunani dan ibunya Yahudi (Acts 16:1, II Timothy 1:5). Dia dipercayai memeluk agama Kristian apabila Paul bermusafir untuk mengembangkan agama buat pertama kali dan telah bercakap dengannya. Walau bagaimanapun, Paul tidak pernah berbincang tentang pertemuan pertama mereka dan Timothy hanya dikenali sebagai pengikut apabila dia bertemu Paul di Lystra (Acts 16:1–3). Timothy mengikut Paul dalam perjalanannya yang kedua dan dia dikenali sebagai sahabat dan teman seperjalanan Paul yang dipercayai sehingga kematiannya. Timothy kemudian mengambil alih tempat Paul sebagai biskop Gereja Ephesus. Dia dipercayai mati kerana agama lebih kurang pada tahun 100 M. | UMUM | |
NORA | NORA (1927 - ), penulis. Dia lahir pada 25 Jun 1927 di Kampung Sungai Mati, Muar, Johor. Nama sebenarnya ialah Haji Ali bin Haj Ahmad. Pendidikan awalnya bermula pada tahun 1937 di Sekolah Melayu Sungai Mati, Muar sehingga Darjah Lima pada tahun 1941. Nora berlajar di Sekolah malam secara sambilan di Johor Bahru pada tahun 1950-an. Dia juga belajar kelas agama sebelah petang di Sekolah Agama Sungai Mati sehingga Darjah Empat. Pembelajaran Nora terhenti ketika meletusnya Perang Dunia Kedua. | SASTERA | Tokoh |
TIFOID MARY | Tifoid Mary ialah nama yang kadangkala digunakan untuk merujuk kepada Mary Mallon (1868?–1938), pembawa pertama demam tifoid yang dikenal pasti di Amerika Syarikat. Dia pulih dari penyakit tersebut, tetapi sebagai seorang pembawa, dia menyebarkan kuman demam tifoid kepada orang ramai. Dia telah menjangkiti lebih kurang 53 orang dengan demam tifoid antara tahun 1900 hingga tahun 1915. Tiga orang daripadanya mati akibat penyakit itu. Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan awal Mary Mallon. Dia lahir di Ireland dan berpindah ke New York, Amerika Syarikat, untuk bekerja sebagai tukang masak. George Soper, seorang jurutera sanitasi, telah mengaitkannya dengan lebih kurang enam kes demam tifoid yang berlaku di negeri tersebut. Mallon enggan berhenti daripada pekerjaannya sebagai tukang masak, oleh itu dia ditahan di sebuah hospital. Dia tinggal di hospital tersebut selama lebih 20 tahun hingga ke akhir hayatnya. | UMUM | |
HUSSAIN CHE' DOL | HUSSAIN CHE’ DOL (1904-1967), ahli agama dan politik. Dia lahir pada tahun 1904 di Kampung Gajah Mati, Pendang, Kedah. Dia menerima pendidikan agama di pondok ayahnya dan di Pondok Tuan Guru Haji Abdullah Chauk, Patani sebelum belajar di Makkah, tetapi terpaksa pulang ke tanah air kerana masalah kesihatan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PERCEVAL, SPENCER | Perceval, Spencer (1762–1812) ialah satu- satunya perdana menteri British yang dibunuh semasa memegang jawatan. Pada 11 Mei 1812, ketika sedang memasuki lobi Dewan Rakyat, dia ditembak oleh John Bellingham. Semasa dibicarakan, Bellingham merayu dengan mengatakan bahawa dia tidak siuman ketika membunuh Perceval. Tetapi dia didapati bersalah dan digantung sampai mati pada 18 Mei. Perceval menjadi perdana menteri selama tiga tahun semasa Perang Napoleon. | UMUM | |