Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Kacang legor dari sini,
     Kayu ruak dari seberang;
Nak tegur tak berani,
     Takut tak jawab dia orang.


Lihat selanjutnya...(76)
Peribahasa

Apabila orang miskin menghendaki wang,
     dia mendapat anak;
apabila orang kaya menghendaki anak,
     dia mendapat wang.

Bermaksud :

Hasil yang berlawanan dengan keinginan; lain yang dihajati lain yang diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(18)

12

A bad workman always blames his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Tak pandai menganyam, pandan disalahkan.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah tak pandai menganyam, pandan disalahkan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(19)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SMEATON, JOHN

Smeaton, John (1724–1792) ialah jurutera British

yang mereka bentuk rumah api Eddystone yang

ketiga di pantai England. Dia mengabaikan nasihat

para jurutera lain dan membina rumah api itu

daripada blok batu yang ditanggam bersama.

Rumah apinya teguh berdiri selama lebih 100

tahun sebelum dirobohkan. Smeaton juga mereka

bentuk dan membina jambatan, kincir air,

pelabuhan, terusan, sistem saliran, dan projek lain.

Dia membuat pembaikan besar pada enjin stim

ciptaan Newcomen. Dia orang pertama yang

menggelar dirinya sebagai jurutera awam. Pada

tahun 1771, dia menubuhkan Persatuan Jurutera

Awam. Smeaton lahir di Austhorpe berhampiran

Leeds, England.

UMUM 
PERON, FRANÇOIS

Peron, François (1755–1810), ahli alamiah

Perancis. Dia ialah orang pertama yang menulis

perihal Orang Asli Tasmania.

UMUM 
SAMOSET

Samoset (1590?–1655) ialah salah seorang Orang

Asli Amerika yang menjadi sahabat awal kepada

penduduk Pilgrim dari Tanah Jajahan Plymouth di

Amerika Syarikat. Dia ialah sagamore (ketua) Orang

Asli Amerika suku Pemaquid dan mula

berhubungan dengan orang Inggeris apabila dia

bertemu dengan beberapa orang nelayan Inggeris

di pinggir laut Maine. Dia belajar sedikit bahasa

Inggeris daripada mereka. Pada bulan Mac 1621,

Samoset mengejutkan penduduk tanah jajahan

Plymouth dengan muncul di jalan raya serta

mengalu-alukan kedatangan mereka dalam bahasa

Inggeris pasar. Kemudian, dia memperkenalkan

para pemimpin tanah jajahan itu kepada Massasoit,

ketua Orang Asli Amerika kawasan Plymouth. Pada

tahun 1625, Samoset membuat surat ikatan

pemindahan tanah Orang Asli Amerika kepada

penduduk tanah jajahan Inggeris, iaitu yang

dipercayai surat ikatan yang pertama. Dia

memindahkan 4856 hektar tanah puaknya kepada

John Brown, salah seorang peneroka di situ.

UMUM 
DUNLAP, WILLIAM

Dunlap, William (1766–1839) dikenali sebagai

bapa drama Amerika. Dia merupakan orang yang

pertama menjadi penulis drama profesional, yang

pertama mementaskan dramanya sendiri, dan

orang yang pertama memperjuangkan hak penulis

drama bumiputera Amerika.

UMUM 
THOMSEN, CHRISTIAN JURGENSEN

Thomsen, Christian Jurgensen (1788–1865)

ialah ahli arkeologi Denmark. Dia ialah orang

pertama sekali membuktikan bahawa sejarah

manusia sebelum bermulanya rekod bertulis,

boleh dibahagikan kepada tiga zaman, iaitu Zaman

Batu, Zaman Gangsa, dan Zaman Besi. Minat

Thomsen untuk memberikan pemahaman kepada

orang ramai tentang perkara ini mendorongnya

mengelolakan muzium etnografi pertama dunia di

Copenhagen pada tahun 1846.

UMUM 
POCAHONTAS

Pocahontas (1595?–1617?) ialah anak perempuan

ketua Orang Asli Amerika, Powhatan. Dia bekerja

untuk mengekalkan persahabatan antara Orang

Asli Amerika dengan penjajah Inggeris yang awal

di Amerika. Kapten John Smith, pemimpin

peneroka di Jamestown, Virginia mendakwa

bahawa Pocahontas pernah menyelamatkan

nyawanya. Smith menulis dalam bukunya The

Generall Historie of Virginia, New England, and the

Summer Isles (1624) bahawa Powhatan ingin

membunuhnya dengan belantan batu. Smith

mendakwa bahawa Pocahontas telah meletakkan

kepalanya pada Smith dan merayu pada ayahnya

supaya tidak membunuh Smith. Tetapi cerita ini

tidak dapat dipastikan kebenarannya kerana

buku-buku terawal Smith gagal menjelaskan

punca kejadian ini.

UMUM 
POST, WILEY

Post, Wiley (1899–1935) ialah juruterbang perintis

Amerika. Dia adalah orang yang pertama

melakukan penerbangan solo mengelilingi dunia.

Dia melakukan penerbangan bersejarah itu pada

tahun 1933 dalam sebuah pesawat Lockheed Vega

berenjin tunggal dengan nama julukan Winnie

Mae .

UMUM 
SANGER, FREDERICK

Sanger, Frederick (1918– ) ialah ahli biokimia

British, yang menerima Hadiah Nobel tahun 1958

dan 1980 bagi bidang kimia. Dia menjadi orang

kedua yang menerima dua Hadiah Nobel bagi

bidang yang sama. Orang yang pertama ialah John

Bardeen, yang menerima dua Hadiah Nobel bagi

bidang fizik.

UMUM 
ROOSEVELT, ELEANOR

Roosevelt, Eleanor (1884–1962), isteri Presiden

Franklin D. Roosevelt. Dia menjadi orang kenamaan

yang disanjung ramai kerana pencapaiannya sendiri.

Dia barangkali merupakan wanita utama yang paling

aktif dalam sejarah Amerika. Roosevelt, anak saudara

perempuan Presiden Theodore Roosevelt, menjadi

masyhur kerana usahanya dalam kegiatan

kemanusiaan.

UMUM 
ASMAH HAJI OMAR, DATO'

Asmah Haji Omar, Dato’ (1940– ), ahli

bahasa. Dia ialah orang pertama yang dilantik

menjadi Profesor Linguistik Melayu di Universiti

Malaya. Asmah juga merupakan wanita Melayu

pertama yang mendapat ijazah Doktor Falsafah.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas