Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dialog;


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OPERETA

Opereta ialah sejenis teater muzikal yang

popular sejak pertengahan tahun 1800-an hingga

tahun 1920-an. Opereta berkembang daripada

opera komedi Perancis. Walau bagaimanapun,

tidak seperti opera, opereta mengandungi dialog

yang diucapkan, bukan dialog yang dinyanyikan,

dan lagu, bukan aria. Overtur opereta sering kali

lebih merupakan rangkai lagu daripada

pertunjukan itu daripada gubahan yang

berasingan, seperti dalam opera.

UMUM 
SPARK, MURIEL

Spark, Muriel (1918– ) ialah wanita British yang

terkenal kerana novel pendeknya. Spark mengisi

novelnya dengan dialog yang berjenaka, watak

aneh, dan peristiwa pelik. Unsur ini biasanya humor,

tetapi Spark mengolahnya untuk mendalami

persoalan moral dan agama yang serius.

UMUM 
MOLNÁR, FERENC

Molnár, Ferenc (1878–1952) ialah penulis drama

Hungary yang terkenal pada zamannya. Dia menulis

drama komedi romantik dengan dialog yang lucu.

Dalam The Guardsman (1910), seorang suami yang

cemburu, berpura-pura menjadi musuhnya sendiri.

The Glass Slipper (1924) mempersembahkan drama

komedi berdasarkan kisah Cinderella. Liliom (1909)

sebuah drama yang lebih serius mengenai taman

hiburan, kemudiannya yang menjadi asas kepada

drama muzikal Rodger dan Hammerstein, Carousel

(1945). Antara drama komedi Molnár yang lain,

termasuklah The Devil (1907), The Swan (1920), dan

The Play’s the Thing (1926).

UMUM 
KOMEDI MUZIK

Komedi muzik ialah sejenis drama yang

mengisahkan sebuah cerita melalui gabungan

dialog lisan, lagu, dan tarian. Komedi muzik juga

dikenali sebagai muzikal.

UMUM 
MORAVIA, ALBERTO

Moravia, Alberto (1907–1990), penulis Itali. Dia

mungkin penulis novel dan penulis cerpen Itali

yang paling ulung pada tahun 1900-an. Karyanya

mempunyai gambaran dan dialog yang realistik,

gaya penulisan yang bebas dan jelas serta

memberikan pandangan yang tajam mengenai

gelagat manusia. Dalam penulisannya, Moravia

mengkritik keruntuhan moral di Itali dan

menggambarkan watak-watak yang terasing dari

masyarakat dan ketandusan emosi. Dia juga

menggambarkan seks tanpa cinta yang sia-sia dan

perkahwinan sebagai jalan keluar dari penyakit

sosial.

UMUM 
SANTAYANA, GEORGE

Santayana, George (1863–1952) ialah ahli

falsafah dan pengarang. Dia lahir di Sepanyol tetapi

membesar di Amerika Syarikat dan menghabiskan

kira-kira sebahagian umurnya di sana. Dia

melahirkan falsafahnya dalam karya bersifat

teknikal dan juga dalam dialog, esei kesusasteraan,

sonet, dan novel, The Last Puritan (1936).

UMUM 
BANGSAWAN

BANGSAWAN, satu bentuk seni pentas dan teater gaya opera Malaysia dan Indonesia. Bangsawan menggunakan dialog dan pada sikuan-sikuan tertentu diolah secara lagu atau puisi, dengan gaya berlakon yang menonjolkan gerak-geri. Kesan keseluruhan teater ini berunsurkan melodrama.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
KESUSASTERAAN YUNANI

Kesusasteraan Yunani ialah sastera

kebangsaan yang tertua dan paling berpengaruh

di dunia Barat. Kesusasteraan Yunani menjadi

model kepada semua kesusasteraan terkemudian

di Barat, bermula dengan kesusasteraan Latin.

Penulis Yunani memperkenalkan banyak jenis

kesusasteraan yang penting, termasuk puisi lirik

dan epik, drama tragik dan komik, dialog dan esei

falsafah, sejarah kritis dan biografi dan surat-surat

sastera.

UMUM 
PLAUTUS

Plautus (254?–184 S.M.) ialah penulis komedi Rom

yang penting. Dramanya merupakan versi Komedi

Baru Yunani yang menekankan pemuda yang

mencintai hamba perempuannya, kekeliruan

identiti, orang gaji yang licik, dan tuan yang

terpedaya. Plautus menggabungkan unsur komedi

Itali dengan jenakanya yang riang gembira. Teknik

pembinaan plot yang bijak dan perwatakan, tidak

membimbangkannya kerana dia hanya

menghasilkan komedi yang penuh gelak ketawa.

Dia pakar dalam dialog, menulis tentang

kehidupan yang penuh kata-kata, ungkapan cinta,

dan penganiayaan.

UMUM 
DRAMA MASYARAKATDRAMA MASYARAKAT, corak penulisan dan pementasan drama yang mengisahkan tentang masalah masyarakat dan persoalan keluarga semasa. Drama seperti ini popular di Malaysia pada tahun 1960-an. Semasa pementasan, cerita tertumpu di ruang tamu rumah keluarga berkenaan. Dengan demikian, sifat penceritaannya dari awal hingga akhir berlegar dalam set bilik tamu dengan dialog dan aksinya terkawal kepada keadaan di bilik tamu tersebut.BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
12

Kembali ke atas