Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[diang] | دياڠ

Definisi : ; berdiang berada dekat api (unggun api, dapur) utk memanaskan badan: di musim sejuk begini kami tidak banyak keluar tetapi ~ di rumah sahaja; ~ di abu dingin prb pertolongan yg sia-sia (tidak berguna); sambil ~ nasi masak prb sekali membuat sesuatu pekerjaan, dua tiga maksud tercapai; mendiang memanaskan atau memasak se­suatu dgn meletakkannya dekat dgn api: pagi-pagi lagi kelihatan budak dua beradik itu ~ ikan di tepi sungai; bagai pucuk pisang didiang prb lemah sekali (tidak bertenaga) kerana sakit dll; mendiangkan memanaskan (badan, tangan, dll) dekat api: kata Thomas sambil menggesel dan ~nya dekat api; pendiangan tempat berdiang, (dapur jingkir) utk berdiang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[diang] | دياڠ

Definisi : ; berdiang berada dekat api (unggun api, dapur dll) utk memanaskan badan: Kerana kesejukan, mereka ~ di dapur. mendiang memanaskan atau memasak sesuatu dgn meletakkannya dekat dgn api: Emaknya sedang ~ ikan yg ditangkap tadi. perdiangan perapian utk berdiang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diang


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DIANG-DIANGANDIANG-DIANGAN, cerita rakyat Brunei yang dituturkan secara berlagu dari mulut ke mulut dengan diiringi pukulan gendang yang khusus. Cerita ini dituturkan dalam dialek bahasa Brunei yang diselang-seli dengan perkataan-perkataan Melayu Brunei lama. Diang-diangan berbeza bentuknya daripada hikayat dan syair, walaupun sering terdapat persamaan bunyi pada akhir kalimat yang tertentu. Diang-diangan hanya mementingkan kata-kata yang sesuai dan menarik untuk menghidupkan jalan cerita.SASTERAKarya

Kembali ke atas