HADIAH NOBEL | Hadiah Nobel dianugerahkan setiap tahun kepada orang ramai, yang telah membuat sumbangan yang berharga terhadap “kebaikan manusia” tanpa mengambil kira kerakyatan. | UMUM | |
PUTERI DIRAJA | Puteri Diraja ialah gelaran yang dianugerahkan oleh raja British kepada puterinya yang sulung. Gelaran ini tidak selalunya diberikan. Pada tahun 1900-an dua orang wanita memegangnya. Yang pertama, Puteri Mary (1897–1965), Puteri Raja George V. Pada tahun 1922, dia mengahwini Henry Lascelles, Earl of Harewood yang keenam (1882– 1947). Puteranya George Lascelles, earl yang ketujuh, ialah ketua famili dan menjadi masyhur sebagai pentadbir gedung opera. | UMUM | |
DUCHY OF CORNWALL | Duchy of Cornwall terdiri daripada estet yang dianugerahkan kepada putera sulung raja yang menerima hasil daripada estet ini setelah dia berusia 21 tahun. | UMUM | |
ANUGERAH RATU UNTUK EKSPORT DAN TEKNOLOGI | Anugerah Ratu untuk Eksport dan Teknologi, dianugerahkan kepada syarikat di United Kingdom yang memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam usaha meningkatkan eksport atau dalam inovasi teknologi (menggunakan kaedah baru atau mengeluarkan produk baru). Anugerah ini dapat dimenangi oleh mana-mana cabang industri, termasuk pertanian. Pemegang anugerah ini – sama ada untuk pencapaian dalam bidang pengeksportan atau dalam bidang teknologi – menerima replika lambang anugerah tersebut yang dibuat daripada besi dan dilekapkan pada blok yang lut sinar. Pemegang anugerah ini berhak mempamerkan lambang tersebut pada alat tulis yang dicetak dan pada produk mereka. Bagi anugerah eksport, lambang itu mempunyai huruf E di tengahnya. Bagi anugerah teknologi, ia mempunyai huruf T. | UMUM | Anugerah/Hadiah |
HADIAH ARCHIBALD | Hadiah Archibald ialah hadiah kesenian bernilai 10 000 dolar Amerika yang dianugerahkan setiap tahun untuk lukisan potret. | UMUM | |
RICKOVER, HYMAN GEORGE | Rickover, Hyman George (1900–1986) ialah pegawai angkatan tentera laut Amerika, perintis pembinaan Nautilus, kapal selam pertama yang menggunakan kuasa nuklear. Pada tahun 1965, dia dianugerahkan Pingat Enrico Fermi, anugerah sains atom Amerika Syarikat yang tertinggi. Rickover telah menghasilkan Education and Freedom (1959), yang mengandungi pendapatnya tentang pendidikan. | UMUM | |
THUMBOO, EDWIN | Thumboo, Edwin (1933– ), penulis, pengkritik, dan ahli akademik Singapura, menjadi profesor bahasa Inggeris di National University of Singapore pada tahun 1979. Dia terkenal kerana puisinya. Koleksi puisinya berjudul Gods Can Die (1977) menerima anugerah puisi Singapore National Book Development Council pada tahun 1978. Pada tahun 1979, dia dianugerahkan Southeast Asia Writer’s Award untuk puisi. Pada tahun 1987, dia menerima Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Award untuk pencapaian terbaiknya dalam kesusasteraan. Antologinya yang telah diterbitkan termasuklah The Flowering Tree (1970), Seven Poets (1973), The Second Tongue (1976), Rub of Earth (1956) dan Ulysses by the Merlion (1979). Edwin Thumboo lahir di Singapura. Dia mendapat pendidikannya di Victoria School dan University of Malaya di Singapura. | UMUM | |
PLANCK, MAX KARL ERNST LUDWIG | Planck, Max Karl Ernst Ludwig (1858–1947) ialah ahli fizik teori Jerman yang menumpukan perhatian kepada kajian termodinamik. Dia tertarik dengan fenomena penyerapan dan pancaran haba dan bentuk tenaga sinaran yang lain. Pada tahun 1900, dia mengasaskan teori kuantum ketika mengemukakan hukum sinaran. Teori baru ini telah membawa pembaharuan dalam bidang fizik. Pada tahun 1918, Planck dianugerahkan Hadiah Nobel dalam bidang fizik. | UMUM | |
PENDETA BAHASA | PENDETA BAHASA, gelaran yang diberi kepada orang perseorangan yang ahli atau pakar dalam bidang bahasa Melayu serta berjasa terhadap bahasa tersebut. Gelaran ini dianugerahkan oleh badan bahasa atau kongres bahasa Melayu. Antara ahli bahasa Melayu yang mendapat gelaran Pendeta ialah Zainal Abidin bin Ahmad (Za’aba). Za’ba telah mendapat gelaran Pendeta Bahasa Melayu dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang diadakan di Johor Baru dan Singapura pada tahun 1956. Tiga orang lagi yang telah dianugerahi Pendeta Bahasa oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B) ialah Dato’ Abdullah bin Abdul Rahman, Richard O. Winstedt dan Mejar Dato’ Haji Muhammad Said bin Haji Suleiman. | BAHASA | Konsep |
ISMAIL BAKTI | ISMAIL BAKTI (1919-1991), pemuzik dan seniman dramatari tradisional. Dia lahir pada 30 Januari 1919 di Kota Bharu, Kelantan. Nama sebenarnya ialah Ismail Bakti bin Haji Mohd. Salleh. Perkataan ‘Bakti’ diberikan sempena gelaran ayahnya, Dato’ Kaya Bakti yang dianugerahkan oleh Sultan Mohamed IV, Sultan Kelantan Darul Naim. | BUDAYA | Tokoh |