| KISAR | KISAR, alat untuk mengisar padi dan tepung. Kisar atau pengisar padi diperbuat daripada buluh yang dianyam dan di dalamnya diisi dengan tanah liat. Tapaknya diperbuat daripada dua batang kayu berukuran 72 cm x 7.5 cm x 7.5 cm yang disilangkan dengan paku. Buluh belalai atau buluh duri diraut kecil dan dianyam menjadi dua buah raga yang bergaris pusat 465 cm sebagai kulit kisar. Buluh juga digunakan untuk membuat piring melingkari raga di bahagian bawah, bergaris pusat 78 cm dan tingginya 9 cm. Bakul bahagian bawah yang dianyam, setinggi 54.5 cm diisi dengan tanah liat yang dicampurkan garam. Apabila kering, tanah liat itu menjadi keras seperti simen. | BUDAYA | Alat/Alatan |
| BAKUL | BAKUL, bekas untuk mengisi barang, yang dianyam daripada bahan yang senang dilengkung dan dijalin seperti rotan, buluh, mengkuang, purun, bemban dan lain-lain. Menganyam bakul bermula dari dasar membawa ke atas bagi semua reka bentuk. Apabila selesai ukuran yang dikehendaki, anyaman dikemaskan dan dimatikan dengan jalinan rotan halus atau bemban, ataupun diapit dengan gelang rotan atau buluh di mulut bakul dan kemudian dijalin untuk meneguhkannya. | BUDAYA | Kraf Tangan |
| NYIRU | NYIRU, alat menampi dan mengayak padi atau beras untuk mengasingkan daripada hampa atau bahan lain. Alat ini biasanya bentuk bulat atau bujur dan diperbuat daripada buluh atau rotan yang dianyam. Nyiru yang berbentuk bulat dikenal sebagai badang. | BUDAYA | Alat/Alatan |