| MOLEKUL | Molekul adalah satu daripada unit asas jirim. Molekul ialah unsur terkecil sesuatu bahan dapat dibahagikan dan masih mempunyai sifat-sifat kimia bahan asal. Jika bahan ini dibahagikan lagi, hanya atom unsur kimia yang tinggal. Contohnya, setitis air mengandungi berbilion-bilion molekul air. Jika titisan ini boleh dibahagikan sehingga hanya satu molekul air yang tinggal, titisan yang terakhir ini masih mempunyai kesemua sifat kimia air. Tetapi, jika satu molekul air ini dibahagikan, hanya atom unsur hidrogen dan oksigen yang tinggal. | UMUM | |
| MINIT | Minit adalah unit yang digunakan untuk mengukur masa dan sudut. Dalam masa, 60 minit adalah satu jam. Setiap minit dibahagikan kepada 60 saat. Oleh sebab satu jam adalah 1∕24 daripada satu hari, maka satu minit adalah 1∕1440 daripada satu hari. Dalam pengukuran sudut, 60 minit adalah satu darjah. Sebuah bulatan dibahagikan kepada 360 darjah. Oleh itu, satu minit adalah 1∕121 600 daripada sebuah bulatan lengkap. Setiap minit bagi suatu sudut dibahagikan kepada 60 saat. | UMUM | |
| BAHAN ELEKTRIK | Semua bahan elektrik boleh dibahagikan kepada tiga kategori bergantung kepada kebolehannya mengalirkan arus elektrik iaitu konduktor, semikonduktor, dan penebat. | FIZIK | Konsep |
| RASISME | Rasisme ialah kepercayaan bahawa manusia boleh dibahagikan menurut ras dan anggota, sesetengah ras berkedudukan lebih rendah daripada anggota ras yang lain. Biasanya sikap ini melibatkan kepercayaan bahawa ras sendiri adalah lebih mulia daripada ras lain. Orang yang percaya atau mengamalkan rasisme dikenali sebagai penganut faham rasisme atau rasis. Rasis mendakwa bahawa anggota ras mereka sendiri adalah lebih baik dari segi mental, fizikal, moral atau kebudayaan berbanding dengan ras lain. Oleh sebab mereka mengandaikan bahawa mereka adalah lebih baik, mereka percaya bahawa mereka berhak mendapat hak istimewa. | UMUM | |
| ORDER | Order ialah unit pengelasan saintifik. Organisma dibahagikan kepada tujuh kumpulan utama yang dinamakan alam, filum, kelas, order, famili, genus, dan spesies. Anggota sesuatu order berkaitan lebih rapat daripada anggota sesuatu kelas. Bagaimanapun, anggota order tidak berkaitan terlalu rapat sebagaimana anggota famili. Lihat juga Pengelasan saintifik ( jadual). | UMUM | |
| MIN | Min, dalam statistik, ialah jumlah siri nombor yang dibahagikan dengan bilangannya. Katakan terdapat lima orang wanita yang berat masing-masing ialah 67, 62, 68, 69, dan 64 kilogram. Jumlah keseluruhan berat mereka ialah 330 kilogram. Bahagikan jumlah ini dengan 5, iaitu bilangan wanita: 330 ÷ 5= 66. Min siri nombor ini ialah 66 dan berat min wanita-wanita berkenaan ialah 66 kilogram. Berat 66 kilogram ini dapat digunakan untuk mewakili perbezaan berat kelima-lima wanita tersebut, walaupun tidak ada yang mempunyai berat 66 kilogram. Min lazimnya disebut sebagai purata aritmetik atau min aritmetik. Lihat juga Median; Mod; Purata; Statistik (Kebarangkalian). | UMUM | |
| PERIODIASASI BAHASA MELAYU | PERIODIASASI BAHASA MELAYU, tahap perkembangan bahasa Melayu. Periodisasi bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada lima zaman iaitu: . Zaman bahasa Melayu purba . Zaman bahasa Melayu kuno . Zaman bahasa Melayu klasik . Zaman bahasa Melayu moden
| BAHASA | Konsep |
| METER GAS | Meter gas ialah alat untuk mengukur isi padu gas yang digunakan. Biasanya meter gas adalah kotak logam yang ketat, yang dibahagikan di tengahnya kepada dua kebuk atau belos yang berasingan. Setiap kebuk mempunyai sekatan boleh bergerak, yang membahagikannya kepada dua bahagian, menjadikan kesemuanya empat kebuk yang berasingan. | UMUM | |
| ARMITAGE, KENNETH | Armitage, Kenneth (1916–2002) ialah pengukir Inggeris yang mendalami bidang figura separa abstrak yang diperbuat daripada gangsa. Banyak figura ini dibahagikan kepada kumpulan tertentu mengikut gaya pakaian yang telah diolah. | UMUM | |
| THOMSEN, CHRISTIAN JURGENSEN | Thomsen, Christian Jurgensen (1788–1865) ialah ahli arkeologi Denmark. Dia ialah orang pertama sekali membuktikan bahawa sejarah manusia sebelum bermulanya rekod bertulis, boleh dibahagikan kepada tiga zaman, iaitu Zaman Batu, Zaman Gangsa, dan Zaman Besi. Minat Thomsen untuk memberikan pemahaman kepada orang ramai tentang perkara ini mendorongnya mengelolakan muzium etnografi pertama dunia di Copenhagen pada tahun 1846. | UMUM | |