DARJAH KECERDASAN ATAU IQ, | Darjah kecerdasan atau IQ, ialah nombor yang digunakan untuk menunjukkan kecerdasan seseorang. IQ seseorang berasaskan markah ujian kecerdasan yang dibandingkan dengan markah orang lain daripada ujian yang sama. | UMUM | |
PERBANDINGAN | Perbandingan dalam nahu, ialah infleksi sesetengah adjektif dan adverba untuk menyatakan darjah kualiti yang lebih besar atau lebih kecil yang dimaksudkan oleh kata itu. Infleksi bermakna menukar bentuk kata. Adjektif milik, adjektif penunjuk dan adjektif pembatas tidak dapat dibandingkan. | UMUM | |
BAHASA MELAYU PADA PRASASTI DI SEMENANJUNG | BAHASA Melayu PADA PRASASTI DI SEMENANJUNG, bahasa Melayu yang terpahat pada prasasti yang ditemui di Semenanjung Tanah Melayu. Sebenarnya prasasti berbahasa Melayu yang ditemui di Semenanjung tidak banyak jumlahnya, jika dibandingkan dengan yang terdapat di Sumatera. | BAHASA | Konsep |
KAMUS DWIBAHASA | KAMUS DWIBAHASA, kamus yang menggunakan dua bahasa untuk menjelaskan makna kata atau ungkapan dalam kedua-dua bahasa tersebut. Jika dibandingkan dengan sejarah leksikografi di India dan di Barat, seperti di Rom dan di Greece, akan didapati bahawa ada perbezaan yang amat ketara dengan sejarah leksikografi yang berlaku di Alam Melayu. Di India dan di Barat, dorongan untuk menyusun kamus terbit daripada keperluan untuk memperjelas makna kata atau ungkapan yang sukar difahami yang terdapat dalam kesusasteraan klasik masing-masing. Dengan demikian, kamus terawal yang dihasilkan dalam tamadun India dan Barat ialah kamus yang berbentuk ekabahasa. | BAHASA | Penerbitan |
AWANG SEMAUN | AWANG SEMAUN, tokoh legenda Brunei. Wataknya mucul melalui karya sastera sejarah yang berjudul Syair Awang Semaun. Ketokohan Awang Semaun dalam masyarakat Melayu Brunei, dapat dibandingkan dengan ketokohan Hang Tuah bagi masyarakat Melayu amnya. | SASTERA | Konsep |
BUSTANU'S-SALATIN | BUSTANUS US-SALATIN, kitab sastera Melayu klasik yang bermaksud Taman Raja-raja. Kitab ini dikarang oleh Syekh Nuruddin ar-Raniri pada tahun 1638 atas perintah Sultan Iskandar Muda, Acheh. Malah dikatakan kitab ini dilahirkan untuk menyaingi Tajus-Salatin karya Bukhari al-Jauhari. Dibandingkan dengan Tajus-Salatin yang hanya memmpunyai nilai keagamaan, Bustanus-Salatin pula mempunyai kedua-duanya iaitu nilai-nilai keagamaan dan sejarah. Bahkan nilai sejarah mempunyai peranan terpenting dalam karya ini. | SASTERA | Kitab |
BAHR AL-LAHUT | BAHR AL-LAHUT, sebuah kitab Jawi tentang agama Islam yang berkaitan dengan ilmu tasawuf karangan Abdullah ‘Arif pada abad ke-12 M. (6 H). Abdullah ‘Arif ialah salah seorang pendakwah yang terawal tiba di Alam Melayu. Antara pendakwah yang sezaman dengannya termasuklah Syekh Ismail dan Faqir Muhammad yang mengislamkan Merah Silu (Malik al-Salih), pemerintah kerajaan Samudera-Pasai. Menurut al-Tarikh Salsilah Negeri Kedah karangan Muhammad Hassan bin Dato’ Kerani Muhammad Arshad, orang yang pertama mengislamkan negeri Kedah juga bernama Abdullah iaitu pada tahun 1137 M. (531 H). Jika dibandingkan tarikh ini dengan tarikh ketibaan Abdullah ‘Arif di Aceh (117 M), tidak banyak berbeza. | BAHASA | Bahasa |