KORIDOR RAYA MULTIMEDIA (MSC) | Koridor Raya Multimedia (MSC) ialah sebuah kawasan yang dibangunkan oleh kerajaan Malaysia , berkonsepkan teknologi multimedia dan model bandar bestari. | UMUM | |
KOEFISIEN GINI | Koefisien Gini, ukuran untuk ketaksaksamaan yang dibangunkan oleh ahli statistik Itali, Corrado Gini. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Kaedah |
KIRSTENBOSCH | Kirstenbosch ialah tapak Taman Botani Kebangsaan Afrika Selatan. Ia terletak di lereng timur Gunung Table di Cape Town. Kirstenbosch meliputi kira-kira 560 hektar. Tetapi hanya tujuh peratus daripada taman ini telah dibangunkan. Selebihnya masih belum disentuh. | UMUM | |
SENI BINA ROMANESQUE | Seni bina Romanesque ialah gerakan seni bina yang biasa terdapat di Eropah Barat dari kira- kira pada tahun 800-an M. hingga tahun 1100-an M. Seni bina Romanesque berkembang menjadi beberapa gaya kedaerahan termasuk Aquitaine, Brittany, Burgundy, Ile-de-France, Norman, dan Provence. Bangunan Romanesque selalunya terasing dari beberapa bandar yang dibangunkan pada masa itu. Ciri bangunannya yang besar tersergam, terhasil daripada tuntutan terhadap pertahanan dan keselamatan yang diperlukan bagi lokasi demikian. | UMUM | |
GEYLANG SERAI | GEYLANG SERAI, kediaman orang Melayu sejak pertengahan tahun 1800 (yang terletak di daerah Timur Singapura). Dua pertiga daripada tanah kawasan tersebut (600 ekar) dimiliki oleh Syed Abdul Rahman Alsagoff, saudagar Arab, dan keluarganya. Pada masa itu, kawasan tersebut dikenal sebagai ‘Preseverence Estate’. Apabila estet tersebut diserahkan kepada seorang pegawai Inggeris untuk dibangunkan secara lebih teratur, serai mula ditanam secara besar-besaran. Sejak itu timbul nama Geylang Serai. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |