Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibiarkan

Peribahasa

Membasahkan garam sendiri.

Bermaksud :

Menolong orang lain, sedangkan sanak saudara sendiri dibiarkan melarat. (Bandingkan dengan: Maukah [mahukah] orang menghujankan garamnya?).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PRIVET

Privet ialah pokok renek yang popular sebagai

pokok pagar. Ia biasanya dipangkas dan dilatih

tumbuh rapat-rapat menjadi pagar, tetapi kadang-kala

dibiarkan tumbuh tinggi merimbun. Ia kemudiannya

tumbuh menjadi pokok rimbun yang besar, kira-kira

sebesar saudara dekatnya, lilac . Bunganya yang putih

lebih kecil dan kurang menyerlah daripada bunga

lilac, tetapi bentuknya serupa. Baunya kurang harum

daripada bau lilac. Privet juga berkaitan dengan

zaitun, dan buahnya yang licin, berkulit gelap

menyerupai buah zaitun kecil yang masak.

UMUM 
MINYAK NILAM

Minyak nilam ialah minyak yang berbau kuat

yang digunakan untuk membuat minyak wangi.

Minyak ini datangnya daripada daun nilam, iaitu

anggota famili pudina. Daunnya dikeringkan dalam

cahaya matahari. Ia kadangkala dibiarkan mengalami

penapaian (perubahan kimia yang menguraikan

bahan terbentuk). Kemudian, stim dilalukan pada

daun untuk mengeluarkan minyaknya. Peladang

menanam nilam di China, India, Indonesia, Filipina,

dan Singapura.

UMUM 
ASTROLAB

Astrolab ialah sejenis alat yang digunakan oleh ahli

astronomi dan ahli pelayaran awal untuk mengukur

sudut jasad samawi di atas ufuk. Ia terdiri daripada

sebuah cakera logam yang dipasangkan pada bingkai

bulat. Astrolab itu dibiarkan tergantung supaya tetap

tegak. Cakera tersebut mempunyai tempat

pemerhatian bagi mencerap bintang dan bingkainya

mempunyai serangkaian tanda bagi mengukur

ketinggian bintang itu.

Astrolab telah digantikan oleh sekstan dan alat

lain yang lebih tepat.

Lihat juga Sekstan.

UMUM 
SIDER

Sider ialah minuman beralkohol yang dibuat

daripada jus epal. Di Amerika Syarikat ia dikenali

sebagai sider keras. Kebanyakan sider mengandungi

5 peratus hingga 7 peratus alkohol. Sider dihasilkan

dengan mengisar epal dan memerah jusnya dengan

penekan mekanikal. Jus ini kemudiannya dibiarkan

menapai . Dalam proses ini, jus disimpan sehingga

yis menukarkan gula dalam jus menjadi alkohol.

Sider boleh dibuat cuka sider dengan membiarkan

bakteria menukarkan alkohol menjadi asid asetik.

Asid ini menjadikan cuka berasa masam. Lihat Cuka.

UMUM 
PHILODENDRON

Philodendron ialah nama bagi banyak spesies

dan jenis tumbuhan bak tumbuhan menjalar

berasal dari Amerika Selatan. Perkataan

philodendron bermakna pencinta pokok. Banyak

philodendron ditanam sebagai tumbuhan rumah di

atas tiang yang dibuat daripada lumut sfagnum,

kulit kayu, dan bahan-bahan lain. Tumbuhan ini

mengeluarkan akar di sepanjang batang dan akan

tumbuh pada tiang yang batangnya dibiarkan

lembap.

UMUM 
BUANG ANCAK

BUANG ANCAK,  amalan menyajikan makanan kepada hantu.  Ini merupakan salah satu warisan kepercayaan masyarakat Melayu lama.  Di Sabah, amalan ini dipanggil ajung.  Makanan tertentu diletakkan dalam sebuah ancak (sebuah bekas yang diperbuat daripada buluh atau kayu) kemudian digantung pada sebatang pokok di tepi hutan dan dibiarkan di situ untuk dimakan oleh hantu.

BUDAYAPerayaan/Upacara
TUDUNG SAJI

TUDUNG SAJI, sejenis alat yang direka khas untuk menutup hidangan makanan. Ia boleh menutup hidangan di atas meja, dalam dulang dan juga yang disusun di atas lantai. Kegunaannya semata-mata untuk menutup makanan daripada dihinggapi oleh lalat atau habuk. Hidangan yang ditutup dengan tudung saji boleh dibiarkan beberapa waktu dengan tidak perlu disimpan semula ke dalam periuk atau belanga.

BUDAYAAlat/Alatan
PERSATUAN BAHASA MELAYU

PERSATUAN BAHASA MELAYU, persatuan yang memperjuangkan status bahasa Melayu agar terus berkembang setaraf dengan bahasa maju di dunia.  Kelahiran sesuatu persatuan bahasa Melayu di negara ini berkait rapat dengan sejajar pergerakan kebangsaan di kalangan orang Melayu.  Golongan yang berpendidikan tinggi sudah mula merasakan bahawa kegemilangan bahasa Melayu yang selama ini menjadi lingua france telah mula menurun.  Jika perkara ini dibiarkan berlanjutan mereka khuatir bahasa Melayu akan mengalami zaman kemerosotannya.  Tempat bahasa Melayu akan diganti oleh bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris.  Menyedari akibat buruk yang akan menimpa ini, maka lahirlah beberapa persatuan bahasa Melayu sejak tahun 1888 bagi memperjuangkan bahasa Melayu.

BAHASAPersatuan

Kembali ke atas