KEM TAHANAN | Kem tahanan ialah tempat musuh politik, sama ada musuh benar atau yang dituduh, dipenjara, biasanya tanpa dibicarakan. Istilah ini mula-mula digunakan oleh Great Britain sebagai penjara tahanan Perang Boer, di Afrika kira-kira pada tahun 1900. Polis rahsia Soviet pula telah memenjarakan berjuta-juta orang di kem buruh selepas tahun 1928, iaitu semasa pemerintahan kuku besi Joseph Stalin. Semasa Perang Dunia II (1939–1945), kerajaan Amerika Syarikat dan Kanada menahan beribu-ribu orang keturunan Jepun di kem (lihat Perang Dunia II). Kem tahanan yang terkenal ialah kem yang dibina oleh Nazi di Jerman. | UMUM | |
PÉTAIN, HENRY PHILIPPE | Pétain, Henry Philippe (1856–1951), menjadi wira kebangsaan Perancis kerana kepimpinan dalam ketenteraan semasa Perang Dunia I. Namun dia telah dibicarakan dan dipenjarakan atas tuduhan menderhaka pada usia lanjutnya kerana dia bersubahat dengan Jerman dalam Perang Dunia II. | UMUM | |
PERCEVAL, SPENCER | Perceval, Spencer (1762–1812) ialah satu- satunya perdana menteri British yang dibunuh semasa memegang jawatan. Pada 11 Mei 1812, ketika sedang memasuki lobi Dewan Rakyat, dia ditembak oleh John Bellingham. Semasa dibicarakan, Bellingham merayu dengan mengatakan bahawa dia tidak siuman ketika membunuh Perceval. Tetapi dia didapati bersalah dan digantung sampai mati pada 18 Mei. Perceval menjadi perdana menteri selama tiga tahun semasa Perang Napoleon. | UMUM | |
PUISI KABUR | PUISI KABUR, genre puisi dalam kesusasteraan Melayu moden. Istilah puisi kabur mula dibicarakan dalam kesusasteraan Melayu moden sekitar tahun 1957. puisi kabur memperlihatkan satu perkembangan yang baharu lagi unik, yang menyimpang daripada konvensi, khususnya dari aspek pemikiran, bahasa dan penggunaan simbol. Puisi-puisi ini umumnya disebut sebagai puisi kabur kerana sukar difahami. Antara pelopor puisi kabur ialah A.S. Amin, M. Ghazali dan Noor S.I. | SASTERA | Konsep |
MENGGANTUNG TANPA PERBICARAAN | Menggantung tanpa perbicaraan lazimnya bermakna pembunuhan yang umumnya dilakukan oleh perusuh dengan menggantung seseorang tanpa menghiraukan undang-undang dan peraturan. Mangsa penggantungan tanpa perbicaraan tidak ada peluang bagi mempertahankan diri mereka. Perusuh cuma menganggap mangsanya bersalah, sama ada dibicarakan atau tidak. Walaupun rusuhan ganas sedemikian pernah berlaku di beberapa negara pada berlainan masa, namun begitu, istilah menggantung tanpa perbicaraan secara khusus dikaitkan dengan Amerika Syarikat. Kebanyakan negeri di Amerika Syarikat cuba menghentikan perbuatan menggantung tanpa perbicaraan melalui undang-undang. Sesetengah negeri menjalankan dakwaan mengikut undang-undang menentang homisid, rusuhan dan serangan. Negeri-negeri yang lainnya mempunyai undang-undang menggantung tanpa perbicaraan yang khusus. Namun begitu, pengawalan melalui undang-undang tidak berjaya mencegah menggantung tanpa perbicaraan. | UMUM | |
PERBICARAAN | Perbicaraan ialah kaedah menyelesaikan pertikaian di dalam mahkamah undang-undang melalui kaedah lisan. Dalam kebanyakan kes, setiap pihak yang bertelingkah menggunakan khidmat peguam untuk mewakilkan pandangannya, mengemukakan bukti, dan menyoal para saksi. Kebanyakan perbicaraan merupakan perbicaraan berjuri. Dalam sesetengah perbicaraan, pihak defendan dibicarakan oleh seorang hakim atau panel hakim, dan bukannya juri. | UMUM | |
SEYSS-INQUART, ARTHUR VON | Seyss-Inquart, Arthur von (1892–1946) ialah pemimpin Nazi Austria yang terkenal. Sebagai penasihat kepada canselor Austria pada tahun 1930-an, Seyss-Inquart mengkhianati negaranya dan membantu Adolf Hitler merampas Austria. Apabila Austria menjadi wilayah Jerman pada tahun 1938, Seyss-Inquart dilantik menjadi gabenor. Dia memegang jawatan yang serupa di Belanda semasa Perang Dunia II (1939–1945). Selepas perang, dia telah dibicarakan dan digantung di Nuremberg, kerana dasarnya yang menindas rakyat. Dia lahir di Stannern, Bohemia. | UMUM | |
AQIDAT AL-NAJIN | Kitab usuluddin. Naskhah aslinya yang berjudul Umm al_Barahin dikarang oleh Muhammad Yusof al-Sanusi (1490). Aqidat al-Najin bermakna Akidah Orang-orang yang Berjaya. Naskhah ini merupakan naskhah asli usuluddin yang amat popular. Kitab ini menjadi panduan akidah penting terutama bagi pengikut aliran Asy’ari dan kerap dibicarakan sama ada dalam bahasa Arab mahupun bahasa Melayu. | SASTERA | Kitab |
SERVETUS, MICHAEL | Servetus, Michael (1511–1553), doktor dan ahli teologi Sepanyol. Huraiannya tentang peredaran pulmonari dianggap sebagai satu laluan klasik dalam ilmu fisiologi. Dia lahir di Tudela, Sepanyol, dan belajar ilmu perubatan di Paris. Dia menjadi pensyarah di Paris dan kemudian mengamalkan bidang perubatan di beberapa bandar di Perancis. Servetus tidak disukai oleh pihak berkuasa gereja Katolik Roman dan juga Protestan. John Calvin secara khususnya, mengecam Servetus kerana enggan bersetuju dengan doktrin yang telah diterima umum. Servetus akhirnya dibicarakan, dituduh sebagai seorang penyeleweng agama, dan dibakar di sebuah pancang di Champel, Switzerland . | UMUM | |
THE COURT OF HIGH COMMISSION | The Court of High Commission merupakan mahkamah yang terpenting dalam mahkamah eklesiastikal Inggeris. Mahkamah ini diwujudkan untuk mendengar kes yang membabitkan penentangan terhadap Gereja England. The Court of High Commission ini diwujudkan pada sekitar tahun 1500-an. Kuasanya ditentukan sepenuhnya pada tahun 1611. Kes-kes yang didengarnya berkaitan dengan kes kesesatan dan lain-lain eklesiastikal, dan jenayah yang membabitkan paderi. Ia juga mendengar kes perceraian. The Court of High Commission ialah gereja yang seumpama Court of Star Chamber (lihat Star Chamber ). Penubuhannya membangkitkan kebencian kerana banyak aktiviti yang dilakukan bertentangan dengan prinsip common law di England . Kadangkala biskop yang menjadi hakim di Court ini adalah antara mereka yang terbabit dengan persengketaan yang dibicarakan. The Court of High Commission ini dihapuskan oleh Parlimen Long pada tahun 1641. | UMUM | |