Surah al-Ahqaf ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-46 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an al-Karim dan mengandungi 35 ayat. Surah ini dinamakan dengan al-Ahqaf kerana ia merupakan tempat tinggal kaum ‘Ad yang dibinasakan oleh Allah S.W.T. disebabkan kezaliman dan keangkuhan mereka. Tempat tinggal mereka di al-Ahqaf ini terletak di Yaman. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Dan ingatlah peristiwa(Nabi Hud) saudara kaum ‘Ad, tatkala dia memberi peringatan kepada kaumnya yang tinggal di lembah al-Ahqaf.” (Surah al-Ahqaf 46:21) |