Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibuatnya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DINAMIK KELOMPOK

Dinamik kelompok, merangkumi kuasa yang

mempengaruhi mana-mana kelompok manusia

dan menentukan apa yang dibuatnya. Kelompok

ini boleh jadi kelab, organisasi perniagaan, tentera,

atau malah seluruh negara.

UMUM 
SMITH, BESSIE

Smith, Bessie (1894–1937) menjadi salah

seorang daripada penyanyi blues yang terbaik

dalam sejarah muzik jaz. Satu siri rakaman yang

dibuatnya dari tahun 1923 hingga tahun 1933,

adalah antara yang terbaik dalam jaz. Smith

menggunakan kekuatan dan keindahan suaranya

untuk lagu yang mudah. Louis Armstrong, Fletcher

Henderson, Joe Smith, dan James P. Johnson

adalah antara ahli muzik jaz yang bermain untuk

rakaman piring hitamnya.

UMUM 
ESTOPEL

Estopel ialah peraturan perundangan yang mencegah atau menghalang sesuatu pihak daripada menafikan pernyataan yang telah dibuatnya atau daripada menafikan fakta yang dikatakannya wujud pada awalnya.

UNDANG-UNDANGKonsep
SAINT-SIMON, COMTE DE

Saint-Simon, Comte de (1760–1825) ialah

pengasas sosialisme Perancis. Cita-citanya ialah

menjadikan kemanusiaan yang lebih baik. Dia

berhasrat melahirkan sebuah masyarakat baru

yang semua orang bekerja dan akan menerima

ganjaran setimpal dengan tenaganya. Tiada siapa

dibenarkan mewarisi kekayaan dan semua

individu akan memulakan kehidupannya atas

dasar sama rata. Saint-Simon mahu menyandarkan

teori sosialnya itu pada bukti saintifik, tetapi

kesimpulan yang dibuatnya tidak sistematik.

UMUM 

Kembali ke atas