AKSIOM | Aksiom ialah kenyataan matematik yang diandaikan benar. Aksiom dianggap sebagai kebenaran nyata yang tidak boleh dibuktikan. Satu contoh aksiom ialah aksiom selari dalam geometri. Aksiom selari ini menyatakan bahawa “melalui satu titik yang tidak terletak pada suatu garisan yang ditentukan, satu, dan hanya satu, garisan boleh dilukis selari dengan garisan yang diperuntukkan”. | UMUM | |
KELARAI | KELARAI, corak anyaman tikar. Kegiatan menganyam tikar di Malaysia merupakan satu seni tertua. Ini dibuktikan dengan kesan arkeologi yang dijalankan di Gua Cha di Kelantan. Daripada taksiran awal, kegiatan ini telah diusahakan lebih daripada 1000 tahun yang lalu. | BUDAYA | Kraf Tangan |
TAPAK-TAPAK PRASEJARAH MALAYSIA | TAPAK-TAPAK PRASEJARAH MALAYSIA, bukti kebudayaan dan cara hidup masyarakat bermula semenjak zaman prasejarah. Hal tersebut dibuktikan melalui penemuan kebudayaan material di tapak-tapak zaman prasejarah. Di Malaysia, bukti terawal zaman prasejarah bermula sebelum 50 000 tahun dahulu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
DIALEK MELAYU MAKASSAR | DIALEK MELAYU MAKASSAR, dialek yang berasal daripada ragam Melayu yang dituturkan pada awal abad ke-17 di bandar Makasar, Sulawesi, Indonesia. Selain bahasa Sulawesi Selatan, bahasa Melayu sudah amat luas digunakan juga di bandar yang pada ketika itu berkembang pesat sebagai pelabuhan utama dalam perdagangan rempah. Peranan bahasa Melayu pada zaman itu dapat dibuktikan dengan merujuk keterangan orang Eropah yang menyaksikan fungsi bahasa itu dan dengan membaca karya sastera Melayu yang dikarang di Makasar pada masa itu, seperti Syair Perang Makasar. | BAHASA | Bahasa |
BURNET, SIR MACFARLANE | Burnet, Sir Macfarlane (1899–1985), doktor dan ahli virologi Australia, yang berkongsi Hadiah Nobel tahun 1960 bagi fisiologi atau perubatan dengan Peter Brian Medawar. Pada tahun 1949, Burnet mengusulkan hipotesis (mungkin idea yang benar) bahawa dalam keadaan tertentu, tisu dan organ boleh dipindahkan dengan jayanya daripada seekor haiwan ke haiwan lain. Idea ini, yang dinamakan toleran imunologi perolehan kemudiannya dibuktikan oleh Medawar dan pekerja bersamanya. | UMUM | |