PINOCHLE | Pinochle ialah sejenis permainan yang menggunakan daun terup yang dibungkus khas yang mengandungi 48 kad. Terdapat empat sut daun terup, yang setiap satunya terdiri daripada 12 kad. Dua kad daripada setiap sut daun itu mempunyai angka daripada sembilan hingga kepada sat. Sat ialah daun yang mempunyai kedudukan paling tinggi, diikuti dengan daun 10, raja, permaisuri, pekak J, dan 9. | UMUM | |
TEMPE | TEMPE, sejenis makanan yang dibuat daripada kacang soya yang diragikan. Tempe popular di kalangan masyarakat Jawa. Ia adalah makanan yang mempunyai kandungan protein yang tinggi. Tempe yang dijual di pasar dibungkus berkeping-keping menggunakan daun ketapang. Kini, ada juga tempe yang dibungkus di dalam sarung plastik. Cara ini memang mudah, tetapi rasa tempe tidak sebegitu enak berbanding dengan tempe yang dibungkus di dalam daun. | BUDAYA | Konsep |
OTAK-OTAK | OTAK-OTAK, sejenis lauk yang dibuat daripada isi ikan atau udang yang dicampur dengan kelapa, rempah-rempah dan herba, dibungkus dalam daun kelapa dan dipanggang. Ada dua cara membuat otak-otak. Di utara Semenanjung Malaysia, ketulan isi ikan seperti ikan tenggiri dibungkus di dalam daun pisang dan dikukus. Ikan itu dicampur dengan santan, daun-daun herba, tempah dan kadang-kadang telur. | BUDAYA | Makanan |
LEMPUK | LEMPUK, sejenis makanan yang diperbuat daripada durian yang dimasak dengan gula sehingga hancur dan pekat. Lempuk dibungkus ketat dalam bekas upih dan boleh disimpan lama. Lempuk ini, jika disediakan dengan bersih dan duriannya yang tidak dicemari ulat atau cendawan, boleh disimpan berbulan-bulan. | BUDAYA | Makanan |