PERCEVAL, SPENCER | Perceval, Spencer (1762–1812) ialah satu- satunya perdana menteri British yang dibunuh semasa memegang jawatan. Pada 11 Mei 1812, ketika sedang memasuki lobi Dewan Rakyat, dia ditembak oleh John Bellingham. Semasa dibicarakan, Bellingham merayu dengan mengatakan bahawa dia tidak siuman ketika membunuh Perceval. Tetapi dia didapati bersalah dan digantung sampai mati pada 18 Mei. Perceval menjadi perdana menteri selama tiga tahun semasa Perang Napoleon. | UMUM | |
MARIE ANTOINETTE | Marie Antoinette (1755–1793) ialah permaisuri Perancis yang cantik yang dibunuh di gilotin semasa Revolusi Perancis. | UMUM | |
AQUINO, BENIGNO | Aquino, Benigno (1932–1983), pemimpin politik Filipina dan penentang bekas Presiden Filipina, Ferdinand Marcos. Aquino dibunuh pada tahun 1983. Pembunuhan ini mengejutkan rakyat Filipina. Pengundi Filipina telah memilih balunya, Corazon Aquino, sebagai Presiden pada tahun 1986 (lihat Aquino, Corazon ). | UMUM | |
MENGELE, JOSEF | Mengele, Josef (1911–1979) ialah doktor Jerman yang memilih sendiri 400 000 orang tawanan perang untuk dibunuh di dalam bilik gas di Auschwitz, kem tahanan Nazi ketika Perang Dunia II (1939–1945). Dia juga melakukan ujian yang zalim ke atas banduan, dengan tujuan menghasilkan satu bangsa yang mempunyai rambut perang dan bermata biru. Para banduan menggelarkannya sebagai “Malaikat Maut”. | UMUM | |
SOMOZA GARCIA, ANASTASIO | Somoza Garcia, Anastasio (1896–1956) ialah diktator Nicaragua yang memerintah negaranya selama 20 tahun sebelum dibunuh pada tahun 1956. Somoza menguasai kerajaan, tentera dan ekonomi Nicaragua, serta menggunakan kuasanya untuk mengumpul kekayaan. Dia menghancurkan semua pihak lawan dan tidak membenarkan kebebasan bersuara. Kedua-dua anaknya juga menjadi diktator Nicaragua. | UMUM | |
SHERRITT, AARON | Sherritt, Aaron (1857?–1880), warga Australia, telah digambarkan sebagai “rakan dan telegraf belukar untuk geng Kelly.” Dia dibunuh oleh Joe Byrne, salah seorang anggota geng tersebut. | UMUM | |
PETER II | Peter II (1923–1970) menjadi raja Yugoslavia pada tahun 1934 ketika berusia 11 tahun apabila bapanya, Raja Alexander, dibunuh. | UMUM | |
ARTHUR, CHESTER ALAN | Arthur, Chester Alan (1829–1886) ialah presiden Amerika Syarikat yang ke-21 (1881–1885). Dia menggantikan James A. Garfield yang telah dibunuh. | UMUM | |
MARAT, JEAN PAUL | Marat, Jean Paul (1743–1793) ialah pemimpin radikal Revolusi Perancis. Dia menambahkan kekejaman revolusi tersebut dengan mendesak supaya penentang revolusi dibunuh. | UMUM | |
MCKINLEY, WILLIAM | McKinley, William (1843–1901) ialah presiden Amerika Syarikat dari tahun 1897 sehingga dia dibunuh. | UMUM | |