Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diburu

Peribahasa

Gajah harimau di hutan hendak diburu,
     pijat-pijat di bantal tak dapat dihapuskan.

Bermaksud :

Kejahatan orang besar dan orang yang lebih kuat daripada kita hendak dibasmi, kejahatan anak buah sendiri di rumah tiada dapat di atasi.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PARTI TORY

Parti Tory ialah parti politik konservatif di Great

Britain. Istilah ini berasal daripada perkataan Gaelik

yang bererti diburu atau orang yang diburu dan

digunakan pada pertengahan tahun 1600-an untuk

merujuk kepada penjahat Irish.

UMUM 
KUANG BAYAS

Kuang bayas ialah nama beberapa spesies burung

bersaiz sederhana hingga besar yang berkaitan

rapat dengan ayam bela jinak. Kebanyakan

kuang bayas ialah burung asas di Asia Tenggara,

China, Jepun atau Asia Tengah. Bagaimanapun, sesetengah

spesies telah dibawa ke banyak bahagian lain di dunia,

tempat ia dibiakkan dan dilepaskan

untuk diburu. Manusia memburu kuang bayas

sebagai satu kegiatan dan untuk dagingnya yang

sedap. Kuang bayas juga diburu kerana bulunya

yang menarik.

UMUM 
PUYUH

Puyuh ialah sejenis burung kecil yang serumpun

dengan famili kuang bayas, ayam hutan, grouse,

ayam belanda, dan ayam mutiara. Burung ini hidup

di padang rumput, belukar dan kawasan paya di

setiap benua, kecuali Antartika. Terdapat sebanyak

45 spesies burung puyuh. Burung ini selalunya

diburu untuk dimakan.

UMUM 
KONTROVERSI LAUT BERING

Kontroversi Laut Bering ialah pertelingkahan

antara Amerika Syarikat dengan United Kingdom

pada akhir tahun 1800-an. Pertelingkahan ini

timbul apabila Amerika Syarikat menuntut kuasa ke

atas Laut Bering bagi melindungi anjing laut yang

diburu untuk mendapatkan bulunya.

UMUM 

Kembali ke atas