| BAHAN TAMBAH POLIMER | Bahan yang dicampur dan diserakkan secara fizikal ke dalam matriks polimer tanpa memberi kesan ke atas struktur molekul polimer tersebut. | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
| BAHAN ANTIOKSIDAAN POLIMER | Bahan tambah yang dicampur ke dalam bahan lain seperti polimer untuk mengelakkan tindak balas pengoksidaan antara oksigen atmosfera dengan rantai polimer yang boleh menyebabkan berlakunya penurunan bahan polimer. | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
| TAPAI | Tapai, penganan yang dibuat daripada beras pulut, beras biasa, dan ubi kayu yang dicampur ragi. Tapai biasanya disediakan sebagai makanan sampingan dalam jamuan majlis perkahwinan dan pada hari raya. Kini tapai merupakan makanan yang bersifat komersial. Selain dimakan begitu sahaja, tapai juga boleh dimakan bersama susu atau ais krim. | UMUM | |
| TEMPOYAK | TEMPOYAK, pekasam yang dibuat daripada isi durian dicampur garam. Isi durian yang dicampur garam boleh disimpan selama tiga hingga empat minggu untuk dimakan sebagai tempoyak. Jika hendak disimpan lama lebih banyak garam perlu dicampur. Tempoyak harus disimpan di dalam bekas yang bersih dan kedap udara. | BUDAYA | Konsep |
| TALI PINTAL | Tali pintal ialah kord yang tahan lasak yang diperbuat daripada utas serat daun yang kuat, selalunya daripada pokok sisal atau henekuen . Utas ini dicampur dengan abaka untuk membuat gentian manila. Tali pintal dibuat dengan menarik serat hingga menjadi sliver, yang akan disikat dan dipintal menjadi tali. Tali adalah lebih halus daripada kord dan lebih tebal daripada benang. Lihat juga Abaka; Sisal. | UMUM | |
| ANTIBEKU | Antibeku ialah bahan yang dicampurkan sesuatu cecair untuk menurunkan takat bekunya. Antibeku digunakan dalam sebatian untuk membuang ais atau mencegah ais daripada terbentuk, dan dalam bahan penyejuk dan bendalir pindah haba. Rencana ini membincangkan antibeku kereta yang dicampur dalam sistem penyejuk kereta. | UMUM | |
| OTAK-OTAK | OTAK-OTAK, sejenis lauk yang dibuat daripada isi ikan atau udang yang dicampur dengan kelapa, rempah-rempah dan herba, dibungkus dalam daun kelapa dan dipanggang. Ada dua cara membuat otak-otak. Di utara Semenanjung Malaysia, ketulan isi ikan seperti ikan tenggiri dibungkus di dalam daun pisang dan dikukus. Ikan itu dicampur dengan santan, daun-daun herba, tempah dan kadang-kadang telur. | BUDAYA | Makanan |
| OKER | Oker ialah sejenis tanah yang dikisar menjadi serbuk halus dan digunakan sebagai pigmen bagi minyak linsid atau beberapa jenis minyak lain untuk membentuk cat lukisan. Warnanya pelbagai, daripada kuning pucat kepada merah kecoklatan. Sesetengah oker berwarna kuning berubah menjadi merah apabila dipanaskan. Oker terdiri daripada oksida besi yang dicampur dengan tanah liat dan pasir. | UMUM | |
| BUBUR | BUBUR, makanan yang lunak dan berair; diperbuat daripada beras, pulut, jagung, kacang hijau, kacang merah atau gandum. Bahan ini direbus dengan air sehingga empuk dan kemudian dicampur dengan santan dan gula bagi bubur manis atau dengan garam bagi bubur lemak. | BUDAYA | Makanan |
| KERABU | KERABU, makanan yang diperbuat daripada hirisan sayur-sayuran atau buah-buahan yang dicampur dengan kerisik, bawang, udang, cili, asam dan garam. | BUDAYA | Makanan |