| DIAREA | Diarea ialah keadaan yang dicirikan oleh buang air besar yang lancar dan kerap. Najis biasanya cair, lembut dan mungkin mengandungi mukus, nanah atau darah. | UMUM | |
| EKZEMA | Ekzema ialah gangguan kulit yang dicirikan oleh gatal-gatal dan keradangan. Kulit yang radang mungkin kering, bengkak dan keras, atau mungkin mengeluarkan cecair. | UMUM | |
| PSORIASIS | Psoriasis ialah sejenis penyakit kulit, yang dicirikan oleh tompokan tebal yang timbul dan berwarna merah, dan dilitupi sisik yang putih keperakan. Pada kebanyakan orang, hanya tompokan itu sahaja gejala penyakit itu. Tetapi tompokan itu mungkin memedihkan, pecah dan berdarah, terutama jika kulitnya radang kerana digaru. Tompokan itu biasanya terdapat pada siku dan pada lutut. Namun dalam kes yang teruk, tompokan mungkin meliputi seluruh tubuh. Sejenis artritis dikaitkan dengan banyak kejadian psoriasis, walaupun tompokan kulit itu tidak menyebabkan artritis. | UMUM | |
| RAWA | Rawa ialah kawasan tanah yang basah, mampung yang dicirikan oleh tanah berasid dan ditumbuhi lumut yang tebal. Di rawa juga terdapat tumbuh-tumbuhan lain dan banyak tumbuh-tumbuhan yang telah reput sebahagiannya yang dikenali sebagai gambut . Kebanyakan rawa terdapat di kawasan utara, tetapi ia boleh terdapat hampir di seluruh dunia. Rawa selimut ialah kawasan yang keseluruhannya diselimuti oleh gambut. Kebanyakan rawa selimut didapati di Ireland dan Scotland. | UMUM | |
| SKIZOFRENIA | Skizofrenia ialah sejenis penyakit mental teruk yang telah dicirikan sebagai gangguan fikiran yang tidak diduga. Perkataan skizofrenia bermakna perpecahan minda. Ia merujuk kepada ciri-ciri kelakuan skizofrenia seperti pengunduran daripada kebenaran dan berfikir secara tidak logik dan mengelirukan. Istilah ini tidak bermakna pesakit mempunyai lebih daripada satu personaliti. | UMUM | |
| MIASTENIA GRAVIS | Miastenia gravis ialah sejenis penyakit yang tidak berjangkit yang dicirikan dengan keadaan otot-otot tulang yang lemah. Keadaan lemah ini meningkat dengan peningkatan aktiviti fizikal tetapi sedikit sebanyak boleh diredakan dengan cara berehat. Penyakit ini menyerang semua kumpulan umur dan kedua-dua jantina, tetapi ia paling kerap berlaku di kalangan wanita yang berumur antara 15 tahun hingga 30 tahun, dan lelaki yang berumur antara 40 tahun hingga 70 tahun. | UMUM | |
| PSIKOSIS | Psikosis ialah istilah yang digunakan untuk menerangkan penyakit mental yang teruk. Psikosis dicirikan dengan berbagai-bagai gejala yang dianggap tidak normal oleh kebanyakan orang. Gejala ini termasuk halusinasi , seperti mendengar suara sedangkan tiada sesiapa pun di sekitarnya, dan delusi , seperti perasaan sedang diseksa atau ada orang sedang membuat rancangan jahat terhadapnya (liha t Delu si; Halusinasi ). | UMUM | |
| AKTINOMIKOSIS | Aktinomikosis ialah penyakit berjangkit yang jarang-jarang ditemui yang menjejaskan kesihatan manusia. Ia dicirikan oleh pembentukan abses yang menyakitkan pada mulut, paru-paru, atau organ penghadaman. | UMUM | |
| SKLEROSIS BERBILANG | Sklerosis berbilang, juga dikenali sebagai Multiple Sclerosis (MS), merupakan penyakit sistem saraf. Ia dicirikan oleh serangan yang berulang disebabkan kerosakan sistem saraf, diikuti dengan pemulihan. Jarak masa dan teruknya serangan ini tidak dapat ditentukan. Penyakit ini boleh menyebabkan ketakupayaan yang serius, termasuk lumpuh kaki dan kehilangan sebahagian daripada penglihatan. Lebih ramai perempuan menderita penyakit MS daripada lelaki. Kebanyakan pesakit mula mendapat gejala MS apabila mereka berumur dari 20 tahun hingga 25 tahun. | UMUM | |
| TETANI | Tetani ialah suatu keadaan yang dikaitkan dengan sifat terlampau teruja dan aktiviti spontan sistem saraf. Keadaan ini dicirikan oleh kekejangan otot secara berkala dan sedikit perasaan gelabah dan gentar. Bahagian badan yang terjejas mungkin akan berasa kebas dan berdenyut-denyut. Biasanya tangan yang terjejas dahulu, tetapi selepas itu kekejangan otot barangkali merebak ke muka, badan dan kerongkong. Kekejangan otot ini hanya terasa sakit apabila sudah teruk. Tetani berpunca daripada kekurangan bahan garam kalsium atau ketakseimbangan bahan kimia di dalam badan. | UMUM | |