Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dickson


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LINGGI

LINGGI, mukim dalam daerah Port Dickson, Negeri Sembilan, bersempadan dengan Melaka. Dari segi sejarah, Linggi sering dilanda konflik antara pelbagai pihak yang ingin menguasai perniagaan bijih timah. Punca konflik ialah Sungai Linggi yang merupakan laluan utama hasil bijih timah dari Sungai Ujong ke pusat pengumpulan di Melaka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PANCARAGAM PUSAT ASKAR MELAYU

PANCARAGAM PUSAT ASKAR MELAYU, pasukan pemain muzik yang terdiri daripada anggota askar Melayu.  Pancaragam ini wujud pada mulanya sebagai satu Pasukan Tambur Askar Melayu yang diasaskan di Depoh Askar Melayu Port Dickson pada 1 Februari 1935.  Pasukan seramai 35 orang ini dipimpin oleh Kapten Pieroe, pengarah muzik yang pertama.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
ABDUL AZIZ ISHAK

Abdul Aziz Ishak (1914-1999), wartawan dan Menteri Pertanian (1957-1962). Beliau dilahirkan pada 21 September 1914 di Trong, Perak. Selepas mendapat pendidikan di Kuala Kurau, Perak dan Sekolah Menengah Jeram, Kuala Selangor, beliau melanjutkan pelajaran di Raffles College, Singapura. Beliau turut mengikuti kursus sambil bekerja di Pusat Penyelidikan Ikan, Singapura. Abdul Aziz pernah bertugas sebagai pegawai perikanan di Port Dickson, Kuantan, Kuala Lumpur dan Singapura.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
RAJA LOPE RASHID

RAJA LOPE RASHID (1909-   ),  anggota Skuad Pertama Kompeni Percubaan Askar Melayu. Dia lahir pada 1 Julai 1909 di Teluk Anson, Perak. Nama sebenarnya ialah Raja Lope Nor Rashid bin Raja Abdul Rahman. Dia mendapat pendidikan awal di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Public School, Magdalan College, Oxford, England. Raja Lope adalah seorang kerabat diraja yang terulung menceburkan diri dalam bidang ketenteraan moden tanah air. Dia adalah salah seorang daripada 25 anak Melayu yang terpilih menyertai Skuad Pertama Kompeni Percubaan Askar Melayu di Port Dickson pada 1 Mac 1933. Dia juga salah seorang daripada dua anggota Kompeni Percubaan terulung yang diberikan pangkat lans koperal.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
AZHAR MOHD. SIMIN

AZHAR MOHD. SIMIN (1939 -      ), ahli bahasa. Azhar lahir pada 20 Jun 1939 di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jalan Stoney dan Sekolah Rendah Jalan Raja Muda. Selepas itu, dia melanjutkan pelajaran menengahnya di Victoria Insitution, sebelum memasuki Maktab Tentera di Port Dickson. Pada tahun 1959, Azhar melanjutkan pelajaran di Kirkby College, Liverpool, England untuk mengikuti kursus perguruan dalam bidang pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (TESL). Setelah tamat pengajiannya di Kirkby College, dia menjadi guru bahasa Inggeris di Sekolah Menengah St. Gabriel, Kuala Lumpur selama lima tahun.

BAHASAKonsep

Kembali ke atas