NEURALGIA | Neuralgia ialah rasa sakit teruk yang berlaku di bahagian saraf. Punca kesakitan ini tidak diketahui. Kesakitan mungkin terhad pada satu bahagian saraf sahaja, atau boleh merebak ke cabang saraf yang lain. Ia boleh berlaku dengan rasa sakit seperti dicucuk berulang kali di gigi, sinus, mata, muka, lidah, atau kerongkong. | UMUM | |
SATE | SATE, makanan tradisional yang diperbuat daripada daging, ayam atau perut lembu yang dipotong kecil-kecil, dicucuk ke lidi dan dipanggang. Sate dimakan dengan kuah yang dimasak daripada kacang tanah bercampur cili, rempah-rempah, gula dan asam. | BUDAYA | Makanan |
TARIAN DABUS | TARIAN DABUS, tarian tradisional negeri Perak. Tarian yang berunsur keagamaan ini berasal dari negeri Arab. Ia dipercayai diperkenalkan oleh pengikut Sayidina Ali (kaum Syiah), untuk menakutkan pihak musuh. Para penarinya menggunakan dabus (senjata tajam) untuk memperlihatkan kehandalan dan kepahlawanan. Sehubungan dengan itu, unsur-unsur ilmu pertapaan dan mistik tidak dapat dielakkan dalam tarian ini dalam usaha untuk menonjolkan kekebalan diri. Mereka tidak berasa sakit walaupun dicucuk atau ditusuk dengan senjata yang tajam. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |