TUN MAI ULAT BULU | TUN MAI ULAT BULU ( ? - ? ), salah satu watak dalam Sejarah Melayu. Nama sebenar Tun Mai Ulat Bulu ialah Tun Mayuddin. Dia adalah anak Tun Zainal dan cucu kepada Bendahara Paduka Raja Tun Perak. Tun Mai Ulat Bulu berani berdebat dengan gurunya kerana mempertahankan kewibawaan bahasa Melayu. Dia telah berusaha memperdalami ilmu agama dan bahasa Arab dengan berguru kepada Makhdum Sadar Jahan, seorang mualim dan pendeta dari Jeddah yang telah datang ke Melaka untuk berdagang sambil berdakwah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SUTERA | Sutera ialah gentian yang kuat dan berkilat (bahan seperti benang) yang digunakan untuk membuat kain. Sutera mempunyai kecantikan semula jadi yang tidak dimiliki oleh kain jenis lain. Oleh sebab itulah kain sutera sering kali disebut sebagai raja segala gentian. Serat sutera dihasilkan daripada kokun ulat yang dikenali sebagai ulat sutera. Banyak haiwan lain, termasuk labah-labah dan lacewing menghasilkan benang sutera. Tetapi sutera yang dihasilkan itu tidak dapat dibuat kain secara ekonomi. | UMUM | |
LEMPUK | LEMPUK, sejenis makanan yang diperbuat daripada durian yang dimasak dengan gula sehingga hancur dan pekat. Lempuk dibungkus ketat dalam bekas upih dan boleh disimpan lama. Lempuk ini, jika disediakan dengan bersih dan duriannya yang tidak dicemari ulat atau cendawan, boleh disimpan berbulan-bulan. | BUDAYA | Makanan |