| PARTI BERSATU SABAH (PBS) | Parti Bersatu Sabah (PBS), parti politik. PBS ialah singkatan Parti Bersatu Sabah. Parti politik di negeri Sabah ini telah didaftarkan dengan rasminya pada 5 Mac 1985. Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan ialah perancang utama penubuhan PBS. Dia telah dilantik untuk mengetuai parti tersebut. | UMUM | |
| YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM) | Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ialah sebuah badan amanah atau yayasan yang menjaga kebajikan masyarakat Islam di Malaysia. YADIM adalah singkatan bagi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Ia didaftarkan pada 25 Januari 1974 di bawah Trustee Incorporation Ordinance Act 1952. Pengisytiharan penubuhannya dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Hussein dalam perjumpaan PERKIM Pahang dan memulakan operasi di Wisma Batik, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada tahun 1975 | UMUM | |
| BARISAN NASIONAL | BARISAN NASIONAL, gabungan parti politik dominan di Malaysia semenjak Pilihan Raya Umum 1974. Parti ini telah didaftarkan sebagai sebuah parti politik dalam bulan Jun 1974. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
| SARAWAK DAYAK ASSOCIATION | SARAWAK DAYAK ASSOCIATION, pertubuhan suku kaum Dayak di Sarawak. Persatuan ini didaftarkan sebagai pertubuhan sosial pada 24 Februari 1946. Antara mereka dipilih untuk memimpin persatuan ini ialah Charles Mmason (presiden), Edward Brandah (naib presiden), Philip Jitam dan Andres Jika (setiausaha) dan Robert Jitam (bendahari), manakala Edwin Howell dilantik sebagai penasihat kehormat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| BERJASA | BERJASA, parti politik. BERJASA ialah angkatan bagi Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia. Parti ini didaftarkan pada 30 Januari 1978 dan Datuk Mohamed Nasir dilantik sebagai yang dipertuanya yang pertama. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
| SYARIKAT | Syarikat ialah perusahaan perniagaan tempat manusia bekerja bersama-sama untuk tujuan pengilangan, pembelian, atau tempat penjualan barangan, atau tempat penyediaan perkhidmatan. Hampir di kesemua negara, ada akta syarikat, undang-undang yang mengawal syarikat untuk memastikannya menjalankan perniagaan dengan cara yang betul. Umumnya, akta syarikat mendorong manusia yang mahu memulakan syarikat membuat permohonan formal. Jika permohonan diterima, syarikat akan didaftarkan di pejabat kerajaan. | UMUM | |
| PERSATUAN PENTERJEMAH MALAYSIA | PERSATUAN PENTERJEMAH MALAYSIA, badan yang ditubuhkan untuk menyatupadukan seluruh kegiatan penterjemahan. Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) ditubuhkan pada 8 April 1978 dan didaftarkan pada 4 Oktober 1979, atas kesedaran untuk mewujudkan gerakan secara kolektif dalam hal-hal penterjemahan. | BAHASA | Persatuan |
| PUSTAKA ANTARA | PUSTAKA ANTARA, penerbit dan pembekal buku yang pertama di Semenanjung Malaysia. Pustaka Antara ditubuhkan pada tahun 1952, oleh Abdul Aziz bin Ahmad dan didaftarkan pada 13 Mei 1957. Pada mulanya Pustaka Antara beroperasi secara kecil-kecilan di sebuah kedai di Jalan Raja Muda pada tahun 1956. Pada tahun 1975, Pustaka Antara berpindah ke bangunan miliknya sendiri di No. 399A, Jalan tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
| GPPS | GPPS, persatuan penulis. GPPS IALAH SINGKATAN Gabungan Persatuan Penulis Sarawak. GPPS ditubuhkan pada 27 Mac 1982 di Kuching dan didaftarkan dengan rasminya pada 19 Januari 1983. GPPS merupakan gabungan tiga buah badan penulis Sarawak, iaitu Angkatan Penulis dan Karyawan Sastera Malaysia Sarawak (ANGKATAN KARYA), Persatuan Bahasa dan Sastera Malaysia Sarawak (PEBAS) kedua-duanya di Kuching dan Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA) di Miri. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
| PERSATUAN SENI KHAT KEBANGSAAN | PERSATUAN SENI KHAT KEBANGSAAN, pertubuhan yang berusaha mengembangkan kegiatan seni khat Islam di Malaysia. Persatuan ini juga dikenal sebagai PSKK. Persatuan ini didaftarkan secara rasmi pada 25 Oktober 1989. sebelum penubuhannya, sebuah jawatankuasa sementara ditubuhkan dalam satu mesyuarat yang diadakan di Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan, Petaling pada 18 Ogos 1985 bagi merangka perlembagaannya. Jawatankuasa ini dianggotai oleh Mohammed Yusof Abu Bakar sebagai pengerusi, Syed Mahdar Shahab sebagai naib pengerusi, Haji Idris Salam sebagai setiausaha, Mahmood Haji Awang sebagai naib setiausaha dan Haji Bachok Haji Sayuti sebagai bendahari. Ahli jawatankuasanya pula terdiri daripada Ismail Haji Ishak, Wan Mohd, Yusof Wan Ali, Mohamed Nawai Yacob, Margilan HARP, Mohammad Abd.Ghani, Hussin Sulong, Zalika Khuzaimah Ngah dan Azmah Denan. PSKK ditubuhkan dengan tujuan antaranya untuk mengumpul dan menyatukan para penulis dan peminat | BUDAYA | Persatuan |