Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata didapati

Puisi
 

Cik Siti menyulam bunga,
     Kain baldu disulam kelingkan;
Sudah didapati tidak berguna,
     Kenapa tak mahu tuan lepaskan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Yang dikejar tidak dapat,
     yang dikendong berciciran.

Bermaksud :

Keuntungan yang diharapkan tak didapati, sedangkan yang telah ada hilang pula.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SPERMASETI

Spermaseti ialah bahan melekit yang didapati

daripada kepala paus sperma yang sangat besar.

Bluber paus sperma juga mengandungi bahan ini.

Spermaseti digunakan sebagai bahan untuk

membuat beberapa jenis salap dan krim muka. Ia

pernah digunakan untuk membuat lilin. Spermaseti

juga didapati daripada paus “berhidung-botol” dan

paus raksasa “berhidung-botol”. Spermaseti

mungkin mempunyai fungsi untuk paus, tetapi

tiada siapa pun yang tahu apa fungsinya.

Lihat juga Paus sperma.

UMUM 
DEADLY NIGHTSHADE

Deadly nightshade ialah tumbuhan rimbun

yang menghasilkan beberapa ubat. Ubat yang

paling penting didapati daripada tumbuhan ini

ialah atropin. Deadly nightshade berasal dari

tenggara Eropah dan barat Asia. Kini ia didapati di

seluruh Eropah dan hidup di tanah batu kapur atau

tanah kapur.

UMUM 
MINYAK ATAR

Minyak atar, juga dikenali sebagai otto, iaitu

minyak pati yang didapati dengan melalukan wap

pada kelopak bunga. Minyak pati memberi

kewangian kepada bunga tertentu. Minyak atar

digunakan untuk memberikan bau kepada minyak

wangi dan kosmetik. Kebanyakan minyak atar

didapati daripada bunga ros. Minyak atar daripada

bunga ros dihasilkan terutamanya di Bulgaria.

Sebanyak kira-kira 1800 kilogram kelopak bunga

ros menghasilkan 0.5 kilogram minyak atar

daripada bunga ros. Pembuat minyak wangi

menghargai minyak atar ros dari Bulgaria kerana

bau bunganya yang kuat dan harum.

UMUM 
SAGU

Sagu ialah kanji yang didapati di bahagian tengah

yang mampung atau empulur, daripada pelbagai

pokok palma tropika. Sejenis tepung, yang dikenali

sebagai tepung sagu, dibuat daripada sagu. Bekalan

terbesar sagu datang dari Hindia Timur. Banyak sagu

dihantar ke Eropah dan Amerika Utara untuk tujuan

masakan komersial. Tepung sagu digunakan

kebanyakannya untuk membuat puding dan sebagai

pemekat sup. Tepungnya berkhasiat dan mudah

dihadam. Sagu adalah salah satu daripada makanan

utama orang Hindia Timur.

UMUM 
KAYU LOG

Kayu log didapati daripada teras pokok yang

tergolong dalam famili kacang pis. Pokok ini

tumbuh di kawasan tropika di Amerika Tengah,

Mexico, Amerika Selatan dan Hindia Barat.

UMUM 
MINYAK TUNG

Minyak tung ialah minyak yang didapati daripada

isirung biji tung. Pokok tung pada asalnya tumbuh

di Asia Timur, terutamanya di China. Minyak tung

juga dikenali sebagai minyak China-wood, minyak

Japanese-wood , atau sebagai minyak wood sahaja.

Minyak tung adalah satu daripada agen pengering

yang paling berkuasa. Minyak ini tahan terhadap

asid, alkali dan alkohol.

UMUM 
MOMEN

Momen dalam ilmu fizik, ialah hasil yang didapati

apabila kuantiti didarab dengan jarak tertentu dari

tengah-tengah atau paksi. Contohnya, momen

inersia yang juga dikenali sebagai tork. Jika

seseorang yang beratnya 100 kilogram, duduk tiga

meter jaraknya dari tengah-tengah jongkang-jongkit,

maka tork ialah 300 kilogram meter.

Jurutera menggunakan momen daya untuk

menentukan tekanan pada jambatan, bangunan,

dan struktur lain seperti pesawat udara dan kereta.

UMUM 
MINYAK SAYUR

Minyak sayur ialah bahan lemak yang didapati

daripada tumbuh-tumbuhan tertentu. Minyak sayur

digunakan terutamanya dalam mengeluarkan atau

memasak banyak jenis makanan. Kebanyakan minyak

ini dalam bentuk cecair, kecuali beberapa dalam

bentuk pepejal pada suhu bilik, seperti lemak koko,

minyak kelapa, dan minyak kelapa sawit. Minyak

sayur terdiri daripada hampir keseluruhannya lemak,

iaitu bahagian perlu dalam diet untuk kesihatan.

Untuk maklumat lanjut tentang nilai makanan dan

komposisi minyaknya lihat Lemak.

UMUM 
PANKREAS

Pankreas ialah organ yang didapati dalam tubuh

manusia dan haiwan bertulang belakang. Organ ini

mengeluarkan jus pencernaan yang diperlukan untuk

memecahkan bahan makanan. Ia turut mengeluarkan

dua jenis hormon, iaitu insulin dan glukagon, yang

perlu untuk mengawal keseimbangan gula dan

metabolisma (lihat Metabolisme).

UMUM 
LILIN KARNAUBA

Lilin karnauba ialah lilin sayur. Ia didapati

daripada daun palma karnauba yang berasal dari

Brazil. Untuk mendapatkan lilin karnauba, daun

palma karnauba dikeringkan di bawah cahaya

matahari sehingga selaput lilinnya bertukar menjadi

debu bak tepung. Debu ini dicairkan, disejukkan,

dan dibuat menjadi kepingan.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas