| MOMEN | Momen dalam ilmu fizik, ialah hasil yang didapati apabila kuantiti didarab dengan jarak tertentu dari tengah-tengah atau paksi. Contohnya, momen inersia yang juga dikenali sebagai tork. Jika seseorang yang beratnya 100 kilogram, duduk tiga meter jaraknya dari tengah-tengah jongkang-jongkit, maka tork ialah 300 kilogram meter. Jurutera menggunakan momen daya untuk menentukan tekanan pada jambatan, bangunan, dan struktur lain seperti pesawat udara dan kereta. | UMUM | |
| KUASA | Kuasa dalam aritmetik ialah hasil sesuatu nombor yang didarab dengan dirinya sendiri sebanyak beberapa kali yang dikehendaki. | UMUM | |
| NEWTON | Newton unit dalam sistem metrik yang digunakan untuk mengukur tenaga. Simbolnya N. Satu newton ialah tenaga yang diperlukan untuk meningkatkan atau mengurangkan halaju satu kilogram objek kali satu meter sesaat setiap saat. Jumlah newton yang diperlukan untuk memecutkan objek dapat dikira dengan menggunakan formula F = ma. Jisim ( m ) suatu objek dalam kilogram didarab dengan gerakan ( a ) dalam meter sesaat persegi untuk menentukan tenaga ( F ). Unit newton diberi nama bersempena dengan nama ahli sains Inggeris Sir Isaac Newton. Lihat juga Pascal. | UMUM | |
| TEOREM BINOMIAL | Teorem binomial ialah formula algebra yang penting. Binomial ialah ungkapan yang mengandungi sama ada tanda plus atau tanda minus. Contohnya, (a+b) ialah binomial. Ungkapan ( a + b ) ⁿ bermakna ( a + b ) akan ditambah sehingga kuasa ke- n (ungkapan itu sendiri didarab dengan ungkapan itu juga berulang kali sebanyak n kali). Operasi ini menghasilkan ungkapan yang dinamai pengembangan binomial. | UMUM | |
| SIFAR | Sifar, dalam matematik ialah nama bagi digit 0, kadangkala dikenali sebagai kosong. Ia digunakan untuk menyatakan ketiadaan sebarang kuantiti. Sifar diperlukan dalam sistem angka bertempat, iaitu sistem yang kita dan kebanyakan orang gunakan pada hari ini. Dalam sistem bertempat, kedudukan, atau tempat sesuatu angka menentukan nilai angka itu. Bagi angka 246, digit 2 bernilai dua ratus (ratus), digit 4 bernilai empat puluh (puluh), dan 6 pula bernilai enam unit (sa). Angka itu melambangkan nombor 246. Untuk menulis nombor 206, kita perlukan suatu simbol untuk menyatakan ketiadaan puluh. Angka 0 di sini memenuhi fungsi itu. Sifar apabila ditambah kepada atau ditolak daripada sesuatu nombor memberi nombor itu semula. Suatu nombor didarab dengan sifar menghasilkan nilai sifar. Pembahagian dengan sifar tidak dapat ditakrifkan. Sifar ialah nombor genap.
| UMUM | Konsep |