ASID HIPOKLOROS | Asid hipokloros ialah asid organik lemah yang membentuk klorin apabila dicampurkan ke dalam air. Asid ini tidak stabil dan mengurai dengan cepat apabila didedahkan ke haba atau cahaya. | UMUM | |
TECHNICOLOR | Technicolor ialah proses berpaten untuk membuat filem berwarna-warni. Proses ini melibatkan pengeluaran tiga negatif hitam-putih yang berasingan untuk satu babak. Setiap negatif didedahkan kepada satu warna primer – merah, biru, atau hijau – dari babak tadi. | UMUM | |
ASID HIDROKLORIK | Asid hidroklorik ialah bahan kimia berbahaya yang mempunyai banyak kegunaan industri yang penting. Asid ini ialah cecair yang tidak berwarna dengan bau yang merengaskan. Asid ini membentuk wasap apabila didedahkan pada udara, bersifat sangat menghakis dan boleh menyebabkan luka melecur yang teruk. | UMUM | |
DAKWAT LIMUNAN | Dakwat limunan ialah sejenis cecair yang digunakan untuk tujuan komunikasi sulit. Tulisan limunan dibentuk dengan menggunakan haba atau bahan kimia. Susu, dadih susu, larutan gula, atau sebarang jus sayur-sayuran yang tidak berwarna boleh dijadikan dakwat limunan. Cecair-cecair ini berwarna coklat apabila didedahkan kepada haba yang sederhana kuatnya agar tidak merosakkan kertas. | UMUM | |
MISTERI ELEUSINIA | Misteri Eleusinia ialah upacara keagamaan orang Yunani yang berlangsung setiap tahun di Eleusis, berhampiran Athens. Pemuja mengadakan upacara ini untuk memperingati Demeter, dewa pertanian. Misteri ini mengisahkan mitos penculikan dan pengembalian anak perempuan Demeter yang bernama Persephone, oleh Hades, dewa alam ghaib. Untuk mengetahui mitos ini, lihat Persephone. Walaupun maksud tersirat misteri ini tidak pernah didedahkan, upacara-upacara yang berkait dengannya dianggap memberi kehidupan sesudah mati yang lebih dirahmati kepada sesiapa yang mengambil bahagian. Lihat juga Misteri. | UMUM | |
AURAT | Aurat, anggota badan yang wajib ditutup mengikut Islam dan seseorang akan berasa malu apabila ia didedahkan. | AGAMA | Konsep |
SCRIBE, AUGUSTIN EUGÉNE | Scribe, Augustin Eugéne (1791–1861), penulis drama Perancis. Dia merupakan penulis yang berjaya dalam bentuk drama realistik yang dinamakan, the well-made play . Drama seperti itu bergantung pada kesan dan pada penerangan yang teliti tentang peristiwa lalu, sedangkan pada masa yang sama, menunjukkan peristiwa yang akan datang. Drama yang baik mengandungi suatu babak wajib pada klimaks apabila rahsianya didedahkan. Hasil daripada pendedahan rahsia, watak-watak itu akan menerima ganjaran atau denda. | UMUM | |
KI HADJAR DEWANTARA | KI HADJAR DEWANTARA (1889-1959), pendidik dan ahli politik Indonesia. Dia lahir di Yogyakarta, Indonesia. Dai adalah anak keempat Pangeran Suryaningrat, putera sulung Paku Alam III di Yogyakarta. Nama sebenarnya ialah Raden Mas Suwardi Suryaningrat. Semasa kecil, dia didedahkan pada suasa kesusasteraan Jawa, Islam dan Hinduisme dalam lingkungan para bangsawan keraton. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |