Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata difilemkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SPRING, HOWARD

Spring, Howard (1889–1965) ialah penulis novel

British yang terkenal dengan novel terlarisnya yang

berjudul My Son, My Son (1938). Novel ini

diterjemahkan ke dalam 11 bahasa dan telah

difilemkan. Novelnya yang lain termasuk Shabby

Tiger (1934), Fame Is the Spur (1940), These Lovers

Fled Away (1955), Time and the Hour (1957), dan

Winds of the Day (1964).

UMUM 
SHAFFER, PETER LEVIN

Shaffer, Peter Levin (1926– ) ialah pengkritik

dan penulis drama British yang terkenal, dengan

dramanya Five Finger Exercise (1958), yang

menerokai permusuhan dalam kalangan pelbagai

generasi keluarga kelas pertengahan. Dramanya

yang terkemudian termasuk The Private Ear and the

Public Eye (1962), The Royal Hunt of the Sun (1964),

Black Comedy (1965), The Battle of Shrivings (1970),

Equus (1973), dan Amadens (1979). Sebahagian

daripada karyanya telah difilemkan. Dia juga pernah

menulis untuk rancangan televisyen. Shaffer lahir di

Liverpool, England dan mendapat pendidikan di St.

Paul School, London dan Cambridge University.

Saudara kembarnya, Anthony Shaffer juga

merupakan penulis drama. Dramanya yang paling

terkenal, Sleuth, juga telah difilemkan. Dia juga

menulis lakon layar untuk filem Death on the Nile

dan Evil Under the Sun.

UMUM 
THIELE, COLIN

Thiele, Colin (1920– ) ialah penulis Australia

yang dikenali terutamanya kerana buku kanak-kanaknya.

Antara buku kanak-kanak tersebut

termasuk Storm Boy (1963), February Dragon ,

(1965), Blue Fin (1969), MagpieIsland (1974),

Chadwick’s Chimney (1980), Seashores and

Shadows (1985) dan Stories Short and Tall (1989).

Cerita Storm Boy dan Blue Fin telah difilemkan.

UMUM 
SALAH ASUHAN

SALAH ASUHAN, novel karya Abdul Muis.  Novel setebal 231 halaman ini diterbitkan pertama kali oleh Balai Pustaka pada tahun 1928.  Hingga tahun 1990, novel ini telah diulang cetak sebanyak 18 kali.  Pada tahun 1969, Salah Asuhan mendapat hadiah tahunan dari pemerintah Republik Indonesia bersama-sama novel Siti Nurbaya, Belenggu dan Atheis.  Pada tahun 1972, novel ini telah difilemkan.  Salah Asuhan juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina dan Jepun.

SASTERAKarya

Kembali ke atas