ZA'BA | tokoh bahasa Melayu yang digelar Pendeta. | BAHASA | Tokoh |
METAMFETAMIN | Metamfetamin ialah dadah kuat yang digelar sebagai “speed”. Dadah ini dengan pantas menimbulkan rasa ghairah, kuat dan cergas. Metamfetamin memberikan penagihnya keupayaan untuk bekerja dan bercakap dalam jangka masa yang panjang. Penyalahgunaan metamfetamin boleh membahayakan dan dadah ini hanya boleh diperoleh melalui preskripsi doktor. Metamfetamin merupakan salah satu kumpulan dadah yang dipanggil amfetamin. | UMUM | |
ATAHUALPA | Atahualpa (1500?–1533), yang juga digelar Atabalipa, ialah raja terakhir bagi Empayar Inca di Peru. Dalam tahun 1532, tidak lama selepas Atahualpa menaiki takhta, Francisco Pizarro serta para pengikutnya telah mendarat di Peru (lihat Pizarro, Francisco ). Atahualpa enggan mengakui Raja Charles I Sepanyol sebagai yang dipertuannya ataupun menerima agama Kristian. Para pengikut Pizarro kemudiannya telah membunuh lebih daripada 4000 orang bangsawan Inca yang tidak bersenjata, dan Atahualpa dipenjarakan. Walaupun baginda banyak mempunyai emas dan perak sebagai tebusan, tetapi Atahualpa tidak dibebaskan. Baginda dihukum bunuh pada tahun 1533. Lihat juga Inca (Sejarah). | UMUM | |
PERCY, SIR HENRY | Percy, Sir Henry (1364–1403), juga digelar Hotspur, ialah negarawan Inggeris yang terkenal dan anak Earl of Northumberland. | UMUM | |
ABDULLAH MUNSYI | Abdullah Munsyi (1796–1854), penulis Malaysia. Dia digelar “Bapa Kesusasteraan Melayu Moden” berdasarkan hasil karya pentingnya Kisah Pelayaran Abdullah (1849). Nama sebenarnya ialah Abdullah bin Abdul Kadir, berketurunan Arab dan India. Dia lahir di Kampung Pali, Melaka dan mendapat gelaran “munsyi” sewaktu mengajar bahasa Melayu kepada askar-askar Kerajaan Inggeris berbangsa India di Melaka. Selain menjadi guru bahasa, Abdullah menjadi guru agama, penterjemah, wartawan, dan jurutulis kepada pemerintah Inggeris. Malah dia pernah diberi kepercayaan untuk memangku tugas Pengetua Anglo-Chinese College apabila pengetua kolej ketika itu pulang ke England. | UMUM | |
TIBET | Tibet ialah kawasan di sebelah selatan Asia Tengah. Ia selalu digelar Bumbung Dunia. Gunung-ganangnya diseliputi salji dan penaranya yang terdedah kepada angin adalah yang tertinggi di dunia. Gunung tertinggi di dunia, Gunung Everest, menjulang sepanjang kawasan pergunungan di bahagian selatan Tibet. Ka-erh, di barat Tibet dipercayai bandar tertinggi di dunia. Ia terletak lebih daripada 4570 meter di atas aras laut. Dasar lembah di Tibet lebih tinggi daripada puncak gunung di kebanyakan negara lain. Lhasa ialah ibu negara Tibet. | UMUM | |
ASTOR | Astor ialah nama sebuah keluarga Amerika yang penting. Keluarga Astor dahulunya digelar “tuan tanah New York” disebabkan John Jacob Astor yang pertama, iaitu pengasas keluarga ini, banyak menanam modal pada hartanah di New York. Nilai tanah itu meningkat dan keluarga ini menjadi salah sebuah keluarga yang terkaya di Amerika Syarikat. | UMUM | |
EUCLID | Euclid (330? SM– 270? SM), ahli matematik Yunani yang sering kali digelar bapa geometri. | UMUM | |
MANSON, SIR PATRICK | Manson, Sir Patrick (1844–1922) ialah doktor Scotland yang digelar bapa perubatan tropika. | UMUM | |
STEPHEN | Stephen (1097?–1154) ialah Raja Inggeris. Pemerintahannya penuh dengan persengketaan sehingga digelar ‘The Anarchy’. Persengketaan tersebut berpunca daripada perebutan takhta. Stephen ialah putera Adela. Adela ialah puteri William Si Penakluk. Pihak lain yang berhak ke atas takhta diraja itu ialah Matilda, puteri Henry I. Henry telah memujuk baronnya untuk mengangkat sumpah taat setia kepada Matilda sebelum kematiannya pada tahun 1135. Pada tahun 1153, Stephen akhirnya dipaksa untuk mengiktiraf putera Matilda sebagai pewaris takhtanya, iaitu Henry II yang menjadi Raja Plantagenet pertama (lihat Plantagenet). | UMUM | |