Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata digenggam

Puisi
 

Kemuning kayu di rimba,
     Mari digenggam padam baranya;
Putih kuning tidur di riba,
     Bentangkan tikar banyak bahayanya.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Digenggam takut mati,
     dilepaskan takut terbang.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa, f. Seperti Kur'an [Quan] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).

 

Lihat selanjutnya...(12)

138

You'll be damned if you do and damned if you don't

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana hendak digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIBIL

Sibil ialah gelaran untuk ahli nujum wanita yang

sudah berusia pada zaman Rom purba. Ahli nujum

yang terkenal ialah Sibil Cumaen. Menurut

mitologi, dewa Apollo berjanji bahawa Cumaen

boleh hidup setahun bagi setiap butir pasir yang

boleh digenggam di dalam genggamannya. Walau

bagaimanapun, Apollo tidak menganugerahinya

sifat awet muda dan dia pun kelihatan semakin hari

semakin tua. Sibil Cumaen membawa Aeneas,

pahlawan Trojan, ke dunia untuk mengetahui masa

depan Rom. Kemudian, dia menawarkan diri untuk

menjual sembilan buah buku mengenai ramalan

yang dikenali sebagai Sibylline Books, pada harga

yang tinggi kepada raja Rom. Apabila raja

menolaknya sebanyak dua kali, Sibil membakar

tiga buah buku setiap kali. Raja Rom akhirnya

membayar harga asal untuk hanya tiga buah buku.

Buku ini dijadikan bahan rujukan semasa

menghadapi saat-saat bahaya sehinggalah buku ini

musnah dalam kebakaran pada tahun 83 S.M.

UMUM 

Kembali ke atas