| PERKAKAS MESIN | Perkakas mesin ialah mesin yang digerakkan dengan kuasa elektrik dan sebagainya dan digunakan untuk membentuk logam. Mesin ini boleh membengkokkan, memotong, menggerudi, mencanai, mengetuk dan mengasak logam menjadi bentuk yang dikehendaki. Operasi perkakas mesin yang lebih canggih membabitkan penggunaan tenaga seperti elektrik atau kimia, haba, magnet dan ultrabunyi. Orang yang mengendalikan mesin disebut jurumesin. Perkakas mesin memainkan peranan penting dalam pembuatan hampir semua produk logam, antaranya ialah bahagian basikal, kereta, radio, peti sejuk dan televisyen. Banyak produk lain, termasuk buku, perabot dan tekstil, juga dibuat dengan mesin yang dibuat dengan menggunakan perkakas mesin. | UMUM | |
| PERKAKAS PNEUMATIK | Perkakas pneumatik ialah sejenis peralatan kuasa yang digerakkan oleh pemampat udara. Ia mempunyai pelbagai kegunaan. Contohnya, ia digunakan oleh doktor gigi untuk membuang bahagian gigi yang telah rosak. Mekanik kereta menggunakan perengkuh pneumatik untuk mengetatkan bolt dan nat manakala pekerja binaan menggunakan tukul pneumatik untuk memecahkan sesuatu permukaan. | UMUM | |
| KAPAL STIM KAYUH | Kapal stim kayuh ialah kapal stim yang digerakkan oleh roda kayuh. Kapal stim yang pertama ialah sebuah vesel kecil yang mempunyai roda kayuh di sisinya dan menggunakan enjin stim. | UMUM | |
| MESIN PINTAL | Mesin pintal ialah mesin untuk memintal yarn. Seperti roda pintal, mesin ini juga dapat digerakkan dengan injakan kaki atau dengan tangan. Tetapi mesin pintal ini boleh memintal lebih daripada satu yarn pada satu-satu masa. Idea untuk memintal yarn secara berganda ini telah pun difikirkan oleh James Hargreaves, penenun Inggeris pada tahun 1764. Dia ternampak bahawa spindel yang tegak dalam roda pintal yang telah diterbalikkan akan terus berpusing. Pada tahun 1770, dia mempatenkan mesin yang berkeupayaan memintal 16 yarn pada satu-satu masa. | UMUM | |
| KINCIR AIR | Kincir air ialah pengisar (mesin pengisar) yang digerakkan oleh roda air. Manusia awal menggunakan batu yang dipegang dengan tangan untuk mengisar bijian. Bijian dihancurkan pada batu leper yang lebih besar. | UMUM | |
| BOT JET | Bot jet ialah lancang kecil yang digerakkan oleh kuasa jet berpam air yang dipam menerusi nozel dengan halaju tinggi di buritan bot. | UMUM | |
| TANGAN | Tangan ialah bahagian hujung anggota depan , atau lengan. Tangan digunakan untuk memegang objek. Tangan sebenar mempunyai ibu jari boleh bersetentang , atau ibu jari yang boleh digerakkan pada jari-jari lain. Tindakan ini membolehkan tangan menggenggam benda dan melakukan banyak pergerakan yang rumit. Kemajuan manusia mungkin tergalang tanpa penggunaan ibu jari boleh bersetentang. Untuk membantu memahami kerja yang dilakukan oleh ibu jari, cuba angkat pen tanpa menggerakkan ibu jari anda. | UMUM | |
| TENUK | Tenuk berkaitan rapat dengan kuda dan badak sumbu, walaupun ia kelihatan seperti babi. Tenuk mempunyai badan yang pendek, berat dan leher yang tebal. Hidungnya terjulur membentuk belalai yang pendek, boleh digerakkan. Kaki depannya mempunyai empat jari kaki, manakala kaki belakangnya mempunyai tiga jari kaki. Ekornya pendek. Tenuk adalah haiwan yang sentiasa berwaspada. Ia hidup di tengah hutan dan berhampiran dengan air kerana ia suka berenang. Tenuk memakan ranting, daun pokok, dan pokok renek, buah, dan sayur-sayuran. | UMUM | |
| MAGNETOMETER | Magnetometer ialah alat yang mengukur kekuatan medan magnet. Magnetometer paling ringkas dapat mengukur medan magnet yang berdekatan dengan motor elektrik atau kutub magnet. Magnetometer begini mempunyai gelungan wayar yang kecil. Apabila gelungan itu digerakkan melalui medannya, maka terhasillah voltan elektrik dalam gelungan itu. Voltan ini menandakan kekuatan medan magnet itu. | UMUM | |
| OLDS, RANSOM ELI | Olds, Ransom Eli (1864–1950) ialah pelopor Amerika dalam penciptaan dan pembuatan kereta. Dua buah kereta, Oldsmobile dan Reo (daripada kependekan namanya), diberi nama bersempena dengan namanya. Pada tahun 1886, dia mula membuat eksperimen dengan pedati yang digerakkan oleh kuasa wap di dalam kedai mesin bapanya di Lansing, Michigan. Kemudian, dia mencipta kereta wap empat roda yang dijualnya kepada sebuah firma di India pada tahun 1893. Ini merupakan kereta Amerika Syarikat yang pertama dijual ke luar negara. | UMUM | |