Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata digugurkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
APOSISI

Aposisi meluaskan makna kata atau frasa di

sebelahnya. Kebanyakan unit aposisi boleh

dianggap sebagai klausa tidak terbatas berserta kata

ganti relatif dan kata kerja yang digugurkan. Unit

aposisi boleh dikelaskan sebagai kata nama, adjektif

dan adverba. “Abraham Lincoln , (who was) the 16th

President of the United States, was assassinated”

aposisi adalah kata nama. “The crowd, (which was)

axious to escape danger , began to panic” adalah

aposisi adjektif. “The man shouted loudly, (which

was) even frantically , to calm the crowd” adalah

aposisi adverba.

UMUM 
SHAYBANIY, MUHAMMAD IBN AL-HASAN AL-

Shaybaniy, Muhammad ibn al-Hasan al-

(131–189 H. / 748–804 M.), ahli fiqh dan ahli hadith.

Nama sebenarnya ialah Muhammad ibn al-

Hasan al-Shaybaniy. Dia juga seorang hafiz al-

Qur’an dan mempunyai gaya bacaan yang amat

menarik. Al-Shaybaniy memulakan pengajiannya

dengan mempelajari hadith, kemudian fiqh dengan

Abu Hanifah dan berguru pula kepada Abu Yusuf

selepas kematian Abu Hanifah. Dia turut

mendengar syarahan ilmu daripada para imam

besar seperti Imam Malik, Imam Syafi’i, Imam al-

Awza’iy dan Imam al-Thawriy. Khalifah Harun al-

Rasyid melantiknya sebagai kadi di al-Riqqah.

Kemudian al-Shaybaniy digugurkan daripada

jawatan itu, tetapi diminta oleh khalifah agar

sentiasa bersama-samanya di istana dan dia

menerima pelawaan itu. Muhammad ibn al-Hasan

amat mahir dalam fiqh mazhab Hanafi dan banyak

mengarang kitab yang menjadi rujukan

pertama dalam mazhab Hanafi. Antaranya

seperti al-Mabsut, al-Ziyadat, al-Jami al-Saghir,

al-Jami al-Kabir, al-Sayr al-Saghir, al-Sayr al-Kabir.

Di samping itu, dia  menulis kitab al-Athar dan

al-Radd ala Ahl al-Madinah. Dia meninggal dunia

di sebuah kampung di Rayy.

UMUM 
MAJLIS ISLAM SARAWAK

MAJLIS ISLAM SARAWAK, badan tertinggi dalam sistem pentadbiran Islam di Sarawak. Badan ini ditubuhkan pada tahun 1954 dengan nama Majlis Islam dan Adat Istiadat Melayu. Pada masa itu, badan ini bukan sahaja mengurus hal ehwal Islam tetapi juga upacara-upacara diraja warisan kebudayaan Melayu. Pada tahun 1971, bahagian ‘Adat Istiadat’ dalam badan tersebut digugurkan dan sejak itu Majlis Islam Sarawak menumpukan perhatian semata-mata kepada hal ehwal agama.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
ROMANOV, GRIGORIY VASILYEVICH

Romanov, Grigoriy Vasilyevich (1923– ),

tokoh terkemuka Parti Komunis Kesatuan Soviet.

Parti Komunis menguasai kerajaan Kesatuan Soviet

sehingga tahun 1991. Romanov telah berkhidmat

sebagai ahli penuh Politburo parti tersebut dari

tahun 1976 hingga tahun 1985, dan sebagai ahli

Urusetia Jawatankuasa Pusat Parti tersebut dari

tahun 1983 hingga tahun 1985. Dia juga merupakan

ahli Presidium dari tahun 1970 hingga tahun 1985.

Politburo merupakan badan yang menentukan

dasar parti dan urusetia mengurus pentadbiran

hariannya. Presidium ialah sebuah badan penting

bagi kerajaan Soviet. Pada tahun 1985, Romanov

memohon untuk bersara dari semua jawatan,

disebabkan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Akan tetapi ramai pemerhati berpendapat bahawa

dia telah digugurkan kerana dia telah kehilangan

pengaruh dalam parti.

UMUM 
BOM

Bom ialah senjata yang meletup. Bom digunakan

terutamanya dalam peperangan. Pengganas

juga menggunakannya. Bom membunuh dan

mencederakan manusia dan memusnahkan

bangunan, kapal terbang, kapal laut, dan sasaran

lain. Kebanyakan bom terdiri daripada selongsong

logam berisi bahan letupan atau bahan kimia.

Sesetengah bom cukup kecil hingga boleh dibawa

dengan tangan. Pengganas sering menggunakan

bom demikian. Dalam peperangan, bom kecil

boleh dicampakkan sebagai grenad atau

dilepaskan dari meriam. Walau bagaimanapun,

kebanyakan bom adalah besar dan digugurkan dari

kapal terbang.

UMUM 

Kembali ke atas