Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dihantar

Puisi
 

Kain pelikat corak bersegi;
     Isi di dulang hendak dihantar;
Kalau pemikat baik budi,
     Burung terbang pulang ke sangkar.


Lihat selanjutnya...(6)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAMAN

Saman ialah perintah yang dihantar oleh seorang

pegawai mahkamah. Saman memberitahu orang

yang namanya tercatat dalam dokumen tersebut

bahawa satu aduan telah dibuat, dan orang

berkenaan mesti datang ke mahkamah untuk

memberi keterangan. Surat saman mungkin

digunakan untuk kesalahan jalan raya atau

kesalahan kecil yang lain tanpa perlu dibuat

tangkapan. Sekiranya orang yang disaman tidak

hadir di mahkamah, maka mahkamah boleh

memerintahkan orang tersebut ditangkap.

UMUM 
TELEGRAF

Telegraf ialah peranti pertama yang menghantar

mesej menggunakan elektrik. Pada satu masa

dahulu, kebanyakan mesej telegraf dihantar dengan

mengetuk kod khas bagi setiap huruf dalam mesej

dengan kekunci telegraf. Telegraf mengubah titik

dan sempang kod ini, yang dikenali sebagai kod

Morse, kepada impuls elektrik dan menghantarnya

melalui wayar telegraf.

UMUM 
OPTIK

Optik ialah cabang fizik dan kejuruteraan yang

berkenaan dengan sifat-sifat cahaya. Ia

menerangkan bagaimana cahaya dihasilkan,

bagaimana cahaya dihantar, dan bagaimana

cahaya boleh dikesan, diukur, dan digunakan.

Optik termasuklah kajian tentang cahaya nampak

dan sinar inframerah dan ultraungu, yang kedua-

duanya tidak boleh dilihat.

UMUM 
PERSHING, JOHN JOSEPH

Pershing, John Joseph (1860–1948), mengetuai

Pasukan Ekspedisi Amerika (A.E.F.) di Eropah semasa

Perang Dunia I. A.E.F. merupakan Tentera Amerika

Syarikat yang pertama dihantar ke Eropah. Jeneral

Tentera Bersekutu ingin menggunakan tentera

Amerika untuk menggantikan tenteranya yang

diserang bertalu-talu, tetapi Pershing bertegas

bahawa Tentera Amerika harus bertempur secara

berasingan kecuali kerana kes tertentu. Dia percaya

bahawa kesedaran tentang wujudnya Tentera

Amerika yang semakin kuat akan melemahkan

semangat tentera Jerman.

UMUM 
S O S

S O S ialah isyarat meminta pertolongan yang

diterima dari kapal yang berada dalam kecemasan.

Huruf ini tidak membawa makna tertentu dan

dipilih hanya kerana huruf ini merupakan huruf

paling mudah dihantar melalui wayarles. Ia terdiri

daripada tiga titik, tiga sempang, dan tiga titik.

UMUM 
NORIEGA, MANUEL ANTONIO

Noriega, Manuel Antonio (1934– ) ialah ketua

tentera yang berkuasa di Panama dari tahun 1983

hingga tahun 1989. Pada bulan Disember 1989,

Presiden Amerika Syarikat, George Bush telah

mengarahkan tenteranya ke Panama. Menurut Bush,

tenteranya dihantar atas tindak balas pembunuhan

leftenan tentera marin Amerika Syarikat oleh tentera

Panama , dan hukuman atas perdagangan dadah oleh

Noriega. Pada Januari 1990, Noriega menyerah diri

kepada pegawai Amerika Syarikat dan dibawa ke

Amerika Syarikat untuk perbicaraan.

UMUM 
SAGU

Sagu ialah kanji yang didapati di bahagian tengah

yang mampung atau empulur, daripada pelbagai

pokok palma tropika. Sejenis tepung, yang dikenali

sebagai tepung sagu, dibuat daripada sagu. Bekalan

terbesar sagu datang dari Hindia Timur. Banyak sagu

dihantar ke Eropah dan Amerika Utara untuk tujuan

masakan komersial. Tepung sagu digunakan

kebanyakannya untuk membuat puding dan sebagai

pemekat sup. Tepungnya berkhasiat dan mudah

dihadam. Sagu adalah salah satu daripada makanan

utama orang Hindia Timur.

UMUM 
MUSLIM IBN ‘AQIL

Muslim ibn ‘Aqil, tabii yang cerdik, alim serta

berani di Makkah. Nama penuhnya ialah Muslim ibn

‘Aqil ibn Abu Talib ibn ‘Abd al-Muttalib ibn Hasyim.

Ketika al-Husayn ibn ‘Ali berhajat untuk keluar

menghadapi Yazid ibn Mu’awiyah, dia telah dihantar

oleh al-Husayn sebagai wakilnya ke Kufah untuk

meninjau keadaan di sana setelah al-Husayn

menerima banyak surat yang menyerunya agar

datang ke Kufah untuk dibai’ah.

UMUM 
SYED SYEIKH AHMAD AL-HADI

Syed Syeikh Ahmad al-Hadi (1867–1934) ialah

penulis dan wartawan. Ketika berumur 14 tahun,

dia dibawa oleh ayahnya ke Pulau Penyengat, Riau,

Sumatera untuk berguru dengan Raja Ali Haji

mengenai agama, bahasa Melayu dan Arab. Dia

kemudiannya dihantar ke Makkah, Beirut dan

Kaherah untuk memperluaskan pengetahuannya.

Semasa berada di Kaherah, dia menimba ilmu

daripada Syeikh Muhammad Abduh, iaitu seorang

tokoh gerakan pembaharuan Islam di Timur

Tengah.

UMUM 
SYED SYEKH AHMAD AL-HADI

SYED SYEIKH AHMAD AL-HADI, (1867-1934), wartawan dan penulis. Beliau lahir di Kampung Ulu, Melaka. Syed Syeikh berketurunan Arab dan tergolong sebagai orang yang berada di Melaka ketika itu. Sejak kecil, beliau dididik oleh orang tuanya dalam bidang agama. Ketika berumur 14 tahun, Syed Syeikh telah dihantar ke Riau untuk mempelajari hal yang berhubung dengan agama, bahasa Melayu dan bahasa Arab daripada Raja Ali Kelana yang kemudiannya menjadi bapa angkatnya. Kemudian, beliau dihantar ke Makkah, Beirut dan Kaherah untuk meluaskan lagi pengetahuannya. Di Kaherah, beliau berpeluang menimba pengetahuan daripada Syeikh Muhammad Abduh.

SASTERATokoh
1234

Kembali ke atas