SURAT IKATAN | Surat ikatan ialah dokumen bertulis berhubung dengan pemindahan hak milik harta. Surat ikatan mesti ditandatangani oleh pihak yang memindah hak milik. Dalam banyak kes, ia juga ditandatangani oleh pihak yang menerima hak milik. Surat ikatan juga mesti memperincikan harta yang dipindah milik dan menunjukkan niat untuk memindah milik. Surat ikatan ini hanya akan berkuat kuasa apabila ia dihantarkan kepada pihak yang menerima hak milik. | UMUM | |
SURAH AL-MURSALAT | Surah al-Mursalat ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-77 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 50 ayat. Surah ini dinamakan al-Mursalat kerana Allah S.W.T. bersumpah pada awal surah ini dengan perkataan itu sebagaimana berikut “Wal Mursalati ‘Urfa” yang bermaksud: “Demi (makhluk-makhluk) yang dihantarkan berturut-turut (menjalankan tugasnya)”. (Surah al-Mursalat 77:1) | UMUM | |