CHINCHILLA | Chinchilla ialah haiwan kecil yang dihargai kerana bulunya yang lembut dan tebal. Ia adalah rodensia, iaitu mamalia kecil yang mempunyai gigi khas untuk menggerogot. | UMUM | Umum |
OLEANDER | Oleander ialah pokok renek berbunga yang dihargai sebagai tumbuhan rumah. Oleander kadangkala tumbuh setinggi 4.5 meter. Daunnya keras berbentuk tombak dan bunganya cantik bak ros. Dua jenis oleander yang paling biasa mempunyai bunga berwarna merah dan putih. Oleander berasal dari bahagian panas di Asia dan dari kawasan Mediterranean. Pekebun menanamnya di luar rumah dalam iklim panas dan dalam pasu dan tab di kawasan beriklim sederhana. Kesemua bahagian oleander adalah beracun. | UMUM | |
HACKBERRY | Hackberry ialah nama beberapa spesies pokok dalam famili elm yang dihargai kerana kayunya, mempunyai buah yang boleh dimakan, dan ia ditanam sebagai pokok hiasan. | UMUM | |
SALAP GILEAD | Salap gilead , juga dinamakan salap Makkah, ialah resin yang dihargai sejak zaman purba kerana keharumannya dan nilainya sebagai salap ubatan. Ia didapati daripada sap pokok kecil malar hijau yang terdapat di Semenanjung Arab dan Ethiopia. Ia mungkin juga salap yang disebut dalam kitab Bible (Jer. 8:22; Ezek. 27:17). Namanya juga digunakan untuk bahan aromatik yang diperoleh dari sejenis poplar balsam . Lihat juga Poplar; Resin. | UMUM | |
KAYU JATI | Kayu jati ialah pokok hutan yang berasal dari hutan tropika di Asia Tenggara. Kayunya sangat dihargai untuk membina kapal dan membuat perabot. | UMUM | |
SUSHRUTA | Sushruta ialah doktor dan penulis India yang hidup pada tahun 400-an M. Dia merupakan penulis buku klasik Ayurvedic medicine, iaitu satu sistem purba dalam penyembuhan penyakit dan perlanjutan usia. Hasil tulisannya diterjemahkan ke bahasa Arab sebelum akhir tahun 700-an, dan kemudian ke bahasa Latin dan Jerman. Karya-karya Sushruta sangat dihargai kerana penghuraiannya tentang teknik-teknik pembedahan. Buku itu juga menerangkan tentang lebih daripada 100 jenis alat-alat pembedahan yang berlainan. | UMUM | |
RUMAH AGAM | Rumah agam ialah rumah zaman dahulu yang dihargai kerana seni bina dan keseniannya yang indah atau kerana ia dikaitkan dengan sesebuah keluarga yang penting. Terdapat ratusan rumah seumpama ini di Britain dan Ireland yang dibina pada zaman yang berlainan sejak ratusan tahun yang lalu. | UMUM | Umum |