KETUPAT | Ketupat ialah sejenis makanan tradisional Melayu yang biasanya dibuat dan dihidangkan pada hari perayaan seperti Hari Raya Puasa. | UMUM | |
KENDURI | KENDURI, jamuan makan yang lazimnya didahului dengan bacaan doa, zikir dan seumpamanya yang diadakan sempena sesuatu peristiwa, seperti perkahwinan, kelahiran, ataupun mengingati sesuatu peristiwa seperti mengingati orang yang telah meninggal, upacara maulid dan seumpamanya. Juadah yang dihidangkan itu bergantung pada jenis kenduri yang diadakan. Kenduri bersempena majlis perkahwinan, biasanya dihidangkan nasi minyak; dan kenduri sempena mengkhatankan anak biasanya pulut kuning dihidangkan menyertai hidangan nasi. | BUDAYA | Konsep |
SIRAP | SIRAP, minuman yang dibuat daripada gula pasir yang dimasak dengan air, pewarna merah dan daun pandan atau pewangi air mawar. Sirap juga dipanggil serbat di utara Semenanjung Malaysia. Sirap dihidangkan pada waktu kenduri, waktu berbuka puasa dan ketika tetamu datang ke rumah. | BUDAYA | Makanan |