AEROPAGUS | Areopagus ialah majlis tertua dan paling dihormati pada zaman Athens purba. Warganegara ternama yang memegang jawatan sebagai archon, salah satu jawatan tertinggi di negara kota Athens, ialah anggota Aeropagus seumur hidup. Pada sejarah awal Athens, Areopagus mempunyai kuasa pentadbiran dan kuasa perlembagaan. Kira-kira pada tahun 600 S.M., sebuah kumpulan baru, Majlis Empat Ratus mengambil alih banyak tugas Areopagus. Kira-kira tahun 450 S.M., kebanyakan tugas dan keistimewaan Areopagus dipindahkan ke mahkamah awam. Tetapi Areopagus masih mengadili kes bunuh dan masih berkuasa untuk mendenda rakyat yang didapati bersalah kerana boros, biadab atau melampau. Majlis archon dinamai sempena nama Aeropagus atau Hill of Ares, iaitu tempat majlis itu bermesyuarat. Lihat juga Solon . | UMUM | |
SYEIKH | Syeikh ialah gelaran Arab yang merujuk sama ada kepada seorang lelaki tua dan dihormati atau kepada ketua sesuatu puak atau kampung. Kadangkala seorang syeikh itu merupakan seorang pemimpin agama. Hanya orang Islam sahaja yang menggunakan gelaran syeikh. Kuasa seorang syeikh biasanya bergantung pada kebebasannya bertindak dan keperibadiannya. Banyak lagu dan cerita telah menggambarkan syeikh sebagai seorang tokoh yang romantis. | UMUM | |
MA YUAN | Ma Yuan ialah pelukis yang terkenal daripada ahli keluarga pelukis Cina yang dihormati. Bersama-sama rakan pelukisnya, Xia Gui (juga dieja dengan Hsia Kuei), Ma Yuan telah menghasilkan sebahagian daripada lukisan landskap dengan menggunakan dakwat terkenal pada awal tahun 1200-an pada Zaman Song (Sung) Selatan di China. | UMUM | |
ARNOLD, BENEDICT | Arnold, Benedict (1741–1801) ialah jeneral semasa Revolusi Amerika. Setelah mendapat kepercayaan dan dihormati, dia kemudiannya menjadi seorang pengkhianat terkenal dalam sejarah Amerika Syarikat. | UMUM | |
SAN'ANIY, ABU BAKAR AL- | San’aniy, Abu Bakar al- (126–211 H. /744–827 M.), penghafaz hadith yang dihormati dan ulama Yaman yang menerima hadith daripada Mu‘ammar, Ibn Jurayj, al-Thawriy. Nama penuhnya ialah Abu Bakar ‘Abd al-Razak ibn Hammam ibn Nafi‘ al- Hamyari, al-San‘aniy. Imam Ahmad, Ibn Mu‘in, Ishaq ibn Rahawayh, Ibn al-Madini dan para ulama lain banyak mengambil hadith daripadanya. Dia seorang imam dalam ilmu hadith dan seorang hafiz yang berautoriti dalam bidang ini. Al-San‘aniy meninggalkan buku-buku ilmiahnya, antaranya ialah kitab al-Musannaf dan Tafsir al-Qur’an dan kedua- duanya telah dicetak. | UMUM | |
SEAH EU CHIN | Seah Eu Chin (1805–1883), ahli perniagaan China, pemilik ladang yang kaya di Singapura. Sebagai ketua masyarakat, dia dihormati oleh orang Cina dan orang British. | UMUM | |
ALJUNIED SYED OMAR BIN ALI | Aljunied Syed Omar bin Ali (1792–1852) ialah ahli perniagaan dan tuan tanah keturunan Arab yang amat dihormati yang menjadi pemimpin komuniti Islam di Singapura. Dia mewakafkan satu bidang tanah di Victoria Street, Singapura sebagai tanah perkuburan orang Islam. Dia mendirikan Masjid Benggali, di Bencoolen Street pada tahun 1845. | UMUM | |
ALBERT, PRINCE | Albert, Prince (1819–1861), mengahwini sepupunya, Ratu Victoria dari United Kingdom pada tahun 1840. Sebagai suami kepada Ratu, baginda dihormati kerana pertimbangan warasnya tentang industri dan perniagaan. | UMUM | |
PETRARCH | Petrarch (1304–1374) ialah penyair dan sarjana Itali yang agung. Puisi cintanya tidak ada saingan pengaruh dalam dunia kesusasteraan. Dia juga seorang sarjana yang dihormati sehinggakan pemerintah dan Paus meminta khidmatnya. Petrarch mendahului dalam menemukan kehebatan penulis- penulis klasik dan membantu memulakan pergerakan yang kemudiannya dikenali sebagai humanisme . Penulis Latin seperti Cicero dan Livy mungkin tidak akan dikenali hari ini sekiranya Petrarch tidak menemui tulisan-tulisan mereka yang terpadam dalam perpustakaan di biara-biara. | UMUM | |
KESUSASTERAAN WALES | Kesusasteraan Wales mempunyai kepentingan istimewa dalam kalangan orang Wales. Para penulis Wales sentiasa dihormati dan berasal daripada pelbagai bidang dan latar belakang. | UMUM | |